in

Syukor ‘Budak Kerbau’ Sedih, 25 Ekor Kerbau Miliknya Mati Mengejut!

Gambar Hiasan 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ adalah satu nama yang tidak asing lagi sebenarnya terutamanya dalam kalangan jurugambar. Remaja 15 Tahun itu, menjadi terkenal selepas menjadi ‘subjek’ utama bagi sekeping gambar.


Dengan raut wajah yang bersahaja bersama kerbau perliharaannya, nama Syukor terus dijulang selepas gambarnya itu menjadi Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic bagi kategori jalanan, dan sekali lagi menjadi Imej Asia 2020 untuk bulan Ogos lalu.

Namun baru-baru ini, Syukor ditimpa musibah yang agak dahsyat selepas hampir lebih 25 ekor kerbau peliharannya mati secara mengejut.

Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati…

Posted by Dallah Deen Photography on Ahad, 13 September 2020

Berita ini telah tular di Facebook, dan mengejutkan ramai pihak. Syukor sendiri juga terkejut apabila mengetahui kerbau peliharaan bapanya di Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu mati secara berperingkat sejak Rabu lalu.

Menurut Sinar Harian, setakat ini, dilaporkan kira-kira 36 ekor haiwan ternakan itu mati. Ini termasuk dengan 11 ekor kerbau ditemui mati bergelimpangan pagi ini melibatkan kerugian lebih RM200,000.

Disebabkan ini,  netizen telah meluahkan pelbagai teori dan pandangan dari netizen tentang kematian kematian kerbau-kerbau milik Syukor itu. Namun kebanyakkan nya berpendapat haiwan itu mati akibat penyakit hawar berdarah.

1 12

2 10

 

Baca: Kenali Syukor Khamis, Mowgli Malaysia Yang Terkenal Lepas Gambar Viral Dengan Kerbau Menangi Anugerah Antarabangsa

Capture 39

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.