Korang rasa korang ada muka yang nampak baik dan friendly?
Kalau macam tu, korang mungkin individu yang dicari untuk dijadikan wajah pada rekaan robot menyerupai manusia sebuah firma ini.
Daily Star melaporkan, Promobot menawarkan wang berjumlah £150,000 (RM848,382) untuk individu yang berwajah baik dan friendly untuk digunakan pada robot menyerupai manusia rekaan mereka.
Difahamkan, individu yang bersetuju perlu menandatangani perjanjian membenarkan ciri wajah mereka digunakan. Robot bersuara itu pula dijangka akan ‘bekerja’ di hotel-hotel, pusat beli-belah dan lapangan terbang menjelang tahun 2023.
“Robot dengan wajah baru akan memulakan aktiviti mereka pada tahun 2023 dan seorang individu istimewa akan menjadi wajah untuk kesemua robot ini,” kata syarikat itu.
Tambah syarikat itu lagi, semenjak 2019, mereka sudah secara aktif mengeluarkan dan membekalkan robot berupa manusia ke pasaran. Difahamkan, robot-robot keluaran syarikat itu sudah digunakan di 43 buah negara dan masing-masing mempunyai pelbagai pekerjaan tersendiri termasuklah sebagai promoter.

Untuk info, tawaran ini terbuka kepada mana-mana individu tanpa mengira umur atau jantina.
Bayangkan korang pergi mall ke airport, pastu muka robot kat situ semua muka korang. Apa komen korang?
Sumber: Daily Star
Baca: “Macam pegang tangan girlfriend” – Jepun Cipta Inovasi Tangan Robot Khusus Untuk Golongan Single