“Syabas Petugas Malaysia!” – Operasi Sanitasi Dilaksanakan Di Sekitar Kuala Lumpur Hari Ini

Kuala Lumpur merupakan bandar yang selalu sesak dengan ramai orang, malah lokasi ini turut menjadi destinasi pilihan pelancong.
Semenjak musim COVID-19, Kuala Lumpur beberapak kawasan di ibu kota telah diletakkan sebagai kawasan berbahaya, jadi disebabkan itu operasi sanitasi di jalankan pada hari ini untuk membasmi kuman di kawasan yang terjejas.
Proses sanitasi di sekitar Kuala Lumpur dilakukan pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari mengikut kawasan yang ditetapkan. – Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan
Kira-kira 30 anggota daripada beberapa agensi dan syarikat telah membantu dalam melaksanakan operasi ini, lapor Berita Harian.
Selain mereka, petugas dari jabatan bomba dan penyelamat turut membantu, tidak lupa Perbadanan Pengurusan Sisa pepejal dan Permbersihan awam (SWCorp) .

Antara kawasan yang di sanitasi ialah Pasar Raya Sogo, Kompleks Pertama, Banggunan kerajaan dan swasta serta Hotel sepanjang Jalan Raja Laut, Jalan Tar, Jalan Masjid India, dan Jalan Tun Razak.

Harap proses ini akan terus di jalankan bagi menyelamatkan negara
Baca: [TERKINI] Jumlah Kes Baru 142 & 108 Kes Pulih Harian Tertinggi Setakat Ini




