in

“Susah sangat ke nak hadir sidang Parlimen?”

Page Menter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat kini dah semakin cakna dan ingin ambil tahu tentang hal ehwal politik yang berlaku dalam negara. So, setiap apa yang berlaku, pastinya mendapat perhatian ramai.



Sebagai contoh, semalam sesuatu telah berlaku dekat Dewan Rakyat yang menyebabkan orang ramai mengkritik Ahli Parlimen. Isu apa pulak kali ni?

Sepatutnya semalam Dewan Rakyat mula bersidang pada jam 2.30 petang, tetapi Speaker Dewan, Datuk Mohd Ariff telah menangguhkan sidang buat sementara. Keputusan tersebut dibuat kerana Dewan tidak cukup korum di mana tiada seorang Menteri dan Timbalan Menteri yang hadir di dalam Dewan Rakyat pada waktu itu.

T 4
sumber: blog

Walau bagaimanapun, dilaporkan persidangan bersambung semula pada jam 2.36 petang bila dewan dah cukup korum. Dimaklumkan terdapat 35 orang yang hadir pada waktu itu.

Hal ini menjadi buah mulut ramai kerana dikatakan Ahli Parlimen hanya membuang masa apabila mereka tidak hadir pada masa yang ditetapkan. Mereka juga turut mempertikaikan jumlah Ahli Parlimen yang hadir kerana sangat sedikit berbanding jumlah keseluruhan.

3 5
sumber: twitter

Bukan itu je, ramai jugak yang mengkritik tidak kira sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang, mereka sepatutnya jalankan tugas yang diberikan dan bukannya ponteng dari menghadiri Dewan Rakyat.

Cats 7
sumber: twitter

Disebabkan hal ini, Veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim telah mencadangkan supaya elaun bulanan Ahli Parlimen yang ‘malas’ patut dipotong, lapor mStar.

Rais Yatim
sumber: blog

Ketika ditemui di lobi Parlimen, beliau mengatakan bahawa jawatan sebagai Ahli Parlimen tidak patut dijadikan sekadar untuk memenuhi kehendak peribadi.

“Saya setuju elaun ahli Parlimen dipotong kalau mereka benar-benar tidak bertanggungjawab, sengaja ponteng Parlimen tanpa alasan yang kukuh.

“Tidak datang Parlimen, tidak berbahas, saya rasa munasabah untuk parti sendiri ambil tindakan.”

Selain itu, Rais turut mencadangkan supaya nama-nama Ahli Parlimen yang disifatkan ‘malas’ supaya didedahkan di dalam akhbar dan media sosial.

Wah, bagus jugak cadangan ni. Takdelah mereka berani nak sia-siakan tanggungjawab yang diberi.

Baca: MP Pembangkang Tak Matang? Boikot Keluar Dewan

Kj Last Man Standing 758X399 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.