in

Suri Rumah Boleh Mula Daftar KWSP Hari Ni!

16Bh05La.transformed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wah berita baik ni!

Sebelum ni heboh pasal kerajaan Pakatan Harapan cakap nak bagi bantuan kat suri rumah dengan benarkan dorang dapat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sekarang berita ni akhirnya dah jadi kenyataan!


Menurut mStar, KWSP mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini (Rabu). Sesiapa yang layak bolehlah mula mendaftar sebagai ahli KWSP di mana-mana 67 cawangan KWSP seluruh negara untuk sertai i-Suri .

1 7
sumber: harian metro

Pihak KWSP juga memaklumkan bahawa suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil dorang dah didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan bagi melayakkan dorang terima insentif kerajaan RM40 ke akaun KWSP masing-masing setiap bulan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish menjelaskan bahawa individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran dengan i-Suri akan dapat menikmati manfaat sama macam ahli KWSP lain seperti dapat dividen tahunan ke atas persaraan, pengeluaran pada umur 50,55 dan 60, serta bantuan hilang upaya dan bantuan kematian. Wah!

2 7
sumber: astro awani

Statistik eKasih pula menunjukkan 221,890 orang suri rumah, 98,536 orang balu dan 28,116 orang ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan ini setelah mendaftar untuk i-Suri.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.

Bagi mendapatkan sebarang penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP pula boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000, rujuk laman web www.kwsp.gov.my, atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat.

Siapa yang layak tu cepat-cepat daftar semua!

Baca: Hanya Isteri Pertama Layak Dapat RM50 Sebulan Daripada PH

Sfasfa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.