in ,

“Sunyi sepi rumah Allah tahun ni”- [GAMBAR] Suasana Solat Tarawih Di Masjid Negara Semasa Tempoh PKP Buat Netizen Sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun-tahun sebelum ni, bila tibanya bulan Ramadan, lebih-lebih lagi malam pertama, setiap masjid dan surau akan penuh dengan orang yang teruja untuk bersolat tarawih.


Namun, disebabkan oleh pandemik yang melanda dunia, malam semalam siaran langsung Masjid Negara menunjukkan imam jemputan, Salleh Sani mengimamkan solat terawih bersama beberapa tenaga kerja masjid tersebut.

Pun begitu, dorang masih lagi mengikut arahan dan saranan kerajaan menjaga jarak sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan ni.

Seth Akmal, jurugambar bagi The Malaysian Insight telah kongsikan di Twitter beberapa gambar sekitar Masjid Negara yang diambilnya semasa solat terawih tersebut sedang dijalankan.

Beberapa netizen turut meluahkan rasa sebak tatkala melihat suasana di Masjid Negara yang lengang gara-gara PKP ni.

Baca: “Seronoknya mereka dapat terawih sama-sama” – Kluster Pelajar Temboro Berjaya Dirikan Solat Terawih Berjemaah, Netizen Terharu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.