in

“Seronoknya mereka dapat terawih sama-sama” – Kluster Pelajar Temboro Berjaya Dirikan Solat Terawih Berjemaah, Netizen Terharu

Untitled Design 10 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang beragama islam, pasti akan merasakan Ramadan pada tahun ini merupakan lain daripada yang lain. Sebelum ini ‘kemeriahan’ dapat dirasai pada bulan Ramadan tapi tahun ini ianya berbeza.


Semalam seperti yang diketahui, ibadah solat sunat terawih sudah pun bermula. Kita dapat lihat di media sosial ramai yang membuat posting mereka bersama keluarga sedang terawih.

Hal ini tidak terlepas bagi sekumpulan anak muda daripada kluster pelajar yang dilaporkan pulang dari Temboro, Indonesia baru-baru ini yang sedang menjalani tempoh kuarantin.

Perkara ini dikongsikan menerusi video di Facebook , Abu Khaleef tentang kluster pelajar Temporo ini berpeluang menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di wad kuarantin pada malam semalam.

MALAM PERTAMA RAMADHAN DALAM WAD COVID-19 KLUSTER PELAJAR TEMBORO.MasyaAllah.. kalau macam ni lah keadaan Wad Pesakit Covid-19, insyaAllah dalam bulan Ramadhan ni kita akan menyaksikan peningkatan kadar kesembuhan yang tinggi dan yang lebih hebat lagi Hujan Hidayat dan Rahmat akan turun mencurah-curah kepada seluruh Rakyat Malaysia.Baru kejap tadi dapat berita gembira dari sahabat saya, pelakon dan pelawak malaysia, Tai Apecelop Toq Taibloods TaiyuddinBakar Full berkenaan seorang jururawat wanita berbangsa cina yang baru sahaja selamat mengucapkan kali syahadah gara2 terkesan melihat pesakit Covid-19 yg beragama Islam. Katanya dia kagum melihat sikap positif yang ada pada orang Islam kerana kebergantungan mereka kepada Tuhan. Mereka tidak terkesan dengan virus Covid-19 tapi mereka hanya terkesan dgn Allah swt. Inilah yg membuatkan wanita tersebut dapat merasakan Agama Islam adalah Agama yg sempurna.Sungguh Islam itu indah. Andai islam itu hadir dalam kehidupan Umat Islam, pasti sesiapa sahaja yang melihat dan mengenali Umat Islam akan terkesan dan membenarkan Islam. Sebab itulah penting untuk kita Umat Islam sentiasa berusaha untuk menyempurnakan Iman dan Amal masing2 agar setiap gerak geri kita menjadi Asbab Hidayat. InsyaAllah kita sama2 azam untuk hidupkan Islam di mana saja kita berada.. ☝️#RamadhanKareem#AbuKhaleef

Posted by Abu Khaleef on Thursday, April 23, 2020

Dia mengharapkan, melalui perkongsian ini dapat melihat kadar sembuh yang tinggi pada bulan Ramadan ini.

Dikhabarkan sikap positif mereka ini telah membuat seorang jururawat non-muslim mengucapkan dua kalimah syahadah.

Tarawih

Perkongsian video solat terawih ini telah mengundang rasa sebak pada netizen.

Ada yang rasa ‘sejuk’ hati apabila melihat anak-anak muda ini berpeluang mendirikan solat sunat terawih secara berjemaah di sana.

 

Sejuk je hati..

E1 1

Semoga diberikan syifa untuk anak-anak ini..E 1

 

 

Baca: “Memang lah Islam tu mudah, tapi ini dah melampau” – Solat Tarawih Secara Online Tak Sah : Menteri Hal Ehwal Agama

Capture 20200424 125513 Crop

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.