in

Suntikan ‘Booster’ Beri Pelindungan Penuh Kepada Penerima – Pfizer

5Pfizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam usaha sedunia menghapuskan wabak Covid-19, banyak negara yang menyarankan rakyatnya untuk mengambil suntikan vaksin. Tidak kisah apa jua jenama vaksin yang diberi dan disuntik, pelindungan yang diberikan kepada penerima vaksin adalah lebih penting bagi memutuskan rantaian Covid-19 daripada terus menular.


Terkini, syarikat pengeluar vaksin Covid-19, Pfizer- BioNTech dalam satu kenyataan mengesahkan suntikan vaksin booster atau dos penggalak mampu memberikan pelindungan penuh kepada penerimanya.

Screenshot 2021 10 23 At 2.28.59 Pm

Menurut sumber dari Bernama, kajian klinikal telah dijalankan oleh syarikat tersebut kepada lebih 10,000 individu berumur 16 tahun ke atas yang telah menerima dua dos vaksin Pfizer. Hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 95.6% keberkesanan suntikan booster berbanding individu yang tidak menerima suntikan booster.

Albert Bourla, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi syarikat Pfizer berkata keputusan ujian klinikal itu adalah sangat penting bagi membuktikan keberkesanan suntikan booster bagi melindungi orang ramai dari wabak pembawa maut itu.

Screenshot 2021 10 23 At 2.29.39 Pm

Pada bulan lalu, US Food and Drug Administration (FDA) telah meluluskan ujian klinikal suntikan vaksin booster Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu yang telah menerima dua dos vaksin keluaran syarikat itu selepas 6 bulan.

 

Baca: Vaksin AstraZeneca Mampu Beri Perlindungan Dari Covid-19 Seumur Hidup – Kajian

Screenshot 2021 10 23 At 2.26.44 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.