Sumbat Cebisan Kertas Dalam Mata, Gadis Muda Ini Hampir Buta Sebab Di Buli

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebelum ni memang dah banyak kali viral pasal isu buli pelajar di kawasan persekolahan mahupun di institusi pengajian tinggi.

Baru-baru ni, viral pula mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 7 tahun di buli oleh rakan sekolahnya dan dilaporkan hampir menjadi buta.

Menurut World Of Buzz, gadis muda yang berasal dari Henan, China itu dikatakan telah dibuli oleh tiga orang kanak-kanak lelaki di sekolah.

Mangsa mendakwa dua orang daripada mereka memang tangan dan juga kakinya sebelum seorang lagi mengoyakkan cebisan kertas dan memasukkan kedalam kelopak matanya.

Sumber: World Of Buzz

Kantoi dekat rumah

Perkara ini mula terbongkar apabila ibu mangsa terlihat ada banyak cebisan kertas di dalam mata gadis itu. Setelah di soal berkali-kali, baru lah gadis itu mahu mengaku bahawa dirinya telah di buli oleh rakan sekelasnya semasa di sekolah.

Bimbang akan terjadi perkara lain, ibu mangsa segera membawanya pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan tidak pernah mendapat pesakit seperti ini dan terdapat sejumlah besar cebisan kertas yang berjaya dikeluarkan dari mata gadis itu.

Sumber: World Of Buzz

Namun begitu, masih ada juga cebisan kertas yang tidak dapat dikeluarkan. Oleh itu, penglihatan mangsa menjadi bermasalah.

Sumber: World Of Buzz

Apa yang lebih mengejutkan adalah bila pengetua sekolah tersebut seperti mahu lepas tangan apabila mendakwa bahawa kanak-kanak yang melakukan perbuatan itu hanya sekadar untuk bergurau dan tidak ada niat untuk mencederakan mangsa.

Alamak! Boleh pula macam tu ye? Kalau dah buli tu tetap buli. Tiada istilah bergurau.

 

Baca: “Bila je dia ni tak bodoh” – Kena Hentam Kaw Kaw Sebab Ejek Gadis Ada Misai Rupanya Kantoi Selalu ‘Body Shame’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Hey whatsapp gais. Layan anime tak?