Seorang lelaki kini dihentam teruk oleh warganet di Twitter sebab mengejek gadis bermisai. Baru-baru ini, gadis bernama Amira ada muat naik beberapa gambarnya di Twitter.
Dengan biadapnya, lelaki tu boleh reply dan cakap dia tak suka perempuan bermisai!

Tweet itu mendapat perhatian ramai lepas Amira sendiri membalas lelaki tu dan berkata,
Sewaktu di sekolah dulu, saya pernah rasa sedih disebabkan sekumpulan lelaki yang mengejek saya bermisai…”
When i was in school i used to feel down because a group of guys were making fun of me because i had a mustache. Until i wanted to shave the mustache but my mom wouldnt. And today you're talking about it again. Thankyou so much MOHD AMIRIN. MAY GOD BLESS YOU! https://t.co/r0DiE0aJHG
— AMIRASHA (@thenuramirasha) October 28, 2019

Ejekan itu membuatkan Amira hilang keyakinan diri dan membuatkannya teringat kembali apa yang dilaluinya sebelum ini. Sejak dari sekolah rendah dia selalu diejek rakan-rakan kerana mempunyai misai.
Walaupun dah dikecam ramai netizen, lelaki ni lagi mengapi-apikan keadaan dan balas tweet dengan minta orang bayar dulu kalau nak dia delete tweet biadap tu.
Kalau korang nak aku delete tweet ni transfer dulu sorang 10 hengget.”

Lepas jadi viral isu ni, kantoi rupa-rupanya dia ni memang ‘kaki’ buli siber terutamanya isu body shaming. Ramai juga yang buka mulut kongsi pengalaman dorang kena cyberbully dengan dia. Disebabkan tu, mereka sebarkan hal ini dan meminta orang ramai untuk report akaun lelaki ni.
https://twitter.com/_myrazainal/status/1189572292281425920
He cyber bullied me on instagram banyak kali and decided to block him. Dia fikir hensem kot buli orang.. https://t.co/RfPjL5jtzK
— n (@naylivlya) October 30, 2019
Ramai netizen menyaran Amira untuk membuat laporan polis memandangkan isu buli siber kini sudah mempunyai akta di bawah Seksyen 233 (1) (b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Mereka juga turut memberikan Amira kata-kata semangat supaya dia tak rasa down selain memuji kecantikan yang dimilikinya.

Sedarlah semua, isu body shaming ni memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental mangsa buli tersebut. So, tolonglah peka dengan sensitiviti orang lain.