in

“Suka lelaki berjanggut, boleh beri tazkirah malam jumaat” – Kakak & Rakan Dedah Lelaki Idaman Neelofa

Lofariz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru dirisik oleh pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz Ahad lepas, Neelofa semalam tampil dalam saluran channel Youtube yang dihoskan kakaknya, Noor Nabila dan rakan mereka, Rosix untuk sesi Q&A bersama mereka, lapor Harian Metro.


Apa yang menarik di dalam rakaman tersebut ialah rakan dan kakak Neelofa mendedahkan bahawa pelakon, pengacara dan usahawan terkenal tersebut rupanya mengidamkan jejaka yang berjanggut serta boleh memberi tazkirah pada setiap malam Jumaat.

Rosix Bella 1

Tambah mereka lagi, Neelofa juga seorang yang tegas dalam bercinta selain daripada menginginkan lelaki yang mampu membawanya ke syurga. Waaah! 

Noor Nabila memberikan jawapan tersebut semasa menjawab soalan, “Cuba korang describe each other?” 

“Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya,” katanya yang juga mengakui adiknya sangat berpendirian bila bercinta.

Rosix Bella 2

Menerusi video tersebut Rosix juga menambah, Neelofa juga seorang yang sangat menepati waktu dan berpegang kepada janji.

“Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah.

“Pendek kata ‘strict’ (tegas). Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,” katanya pula.

Nah tahu apa yang dorang sembangkan dalam video tu lagi, korang boleh sambung tengok kat bawah ni:

Waaa padanlah jatuh hati pada PU Riz ye… 

Baca: Neelofa Akhirnya Dirisik PU Riz, Bakal Jadi Wedding Of The Year?

Pu Lofa

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.