in

Suhakam Mahukan Pelarian Di Negara Ini Dapat Suntikan Vaksin Covid-19

Suhakam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berharap agar kerajaan dapat  memastikan pelarian di negara ini dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan yang giat dijalankan ketika ini.


Menerusi satu kenyataan, Suhakam meminta agar kerajaan dapat sediakan tempat selamat untuk para pelarian di negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19.

 

Dalam usaha menangani pandemik Covid-19, Suhakam berharap kerajaan dapat menegakkan prinsip tiada sesiapa yang ketinggalan, dengan memastikan pelarian turut dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan.” 

Dalam pada itu, mereka juga gesa pihak kerajaan untuk terima pakai dasar perlindungan pelarian yang komprehensif, inklusif, tidak mendiskriminasi dan berjangka panjang di negara ini.

Katanya lagi, kerajaan juga perlu kekalkan kepimpinan pada peringkat antarabangsa dari segi mengukuhkan kerjasama dengan komuniti serantau dan antarabangsa termasuk ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mercy Malaysia.transformed 3

Selain itu, katanya, kerajaan perlu mengekalkan kepimpinan pada peringkat antarabangsa dari segi mengukuhkan kerjasama dengan komuniti serantau dan antarabangsa termasuk ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), lapor Harian Metro.

“Usaha itu bertujuan untuk mengenal pasti penyelesaian yang menyeluruh terhadap isu-isu pelarian yang sudah sekian lama berlarutan di Asia Tenggara.

“Kerajaan juga perlu berjanji meneruskan usaha advokasi untuk penyertaan Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 dan Protokol Pilihan 1967,” katanya.

Suhakam juga meminta rakyat Malaysia untuk mengamalkan tema Together we heal, learn and shine’ dimana dunia tidak akan dpat mengatasi Covid-19 jika pelarian atau sesiapa sahaja diabaikan kerena kerana tiada siapa yang dapat dilindungi sehingga semuanya selamat.

 

Baca : “Kena bayar RM3K dulu” – Pelarian Rohingya Sanggup Berhabis Ribuan Ringgit Untuk Naik Bot ke Malaysia Dari Aceh

Feature 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.