in

“Kena bayar RM3K dulu” – Pelarian Rohingya Sanggup Berhabis Ribuan Ringgit Untuk Naik Bot ke Malaysia Dari Aceh

Feature 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak dengan isu pelarian Rohingya yang terdampar di perairan Indonesia yang pernah dilaporkan suatu ketika dulu? Ketika itu, mereka telah diselamatkan oleh nelayan Indonesia di perairan Aceh Utara.


Walaupun telah diberi penempatan di kem pelarian kerajaan Indonesia di Aceh, namun ada antara mereka yang masih mahu masuk ke Malaysia dan melarikan diri dari kem tersebut, lapor Berita Harian.

Rohingya 2

Etnik Rohingya ini berjaya ditahan ketika mahu menyeludup masuk ke Malaysia dan setelah disoal siasat, mereka sebenarnya telah membayar RM3,000 setiap seorang untuk naik bot dari Aceh ke sini.

Difahamkan, sebelum itu, mereka perlu membayar RM5,000 untuk lari dari kem di Bangladesh untuk ke sini. Namun, disebabkan bot dorang rosak di perairan Aceh, dorang kena tambah lagi extra RM3,000 untuk lari dari Aceh ke Malaysia. 

Rohingya 4

Menurut Kepten Mohammad Rosli Kassim iaitu Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor, pihak mereka telah menahan dan menyoal siasat empat pelarian iaitu dua orang dewasa dan dua kanak-kanak Rohingya yang cuba memasuki Malaysia melalui perairan Selangor.

Kami mengetahui tentang kadar bayaran itu melalui siasatan dan mereka ada menyebut nama yang menguruskan perjalanan mereka. Kita percaya lelaki terbabit lah ejen mereka ini,” katanya.

Yang lagi teruk, keluarga mereka yang dah berada di Malaysia lah yang akan membuat bayaran kepada ejen.

Rohingya 3

Lepas berjaya masuk ke negara ni, ejen juga akan prepare kereta untuk transit dulu di rumah-rumah yang telah disediakan di Lembah Klang. Kemudian, keluarga atau kawan dorang akan datang ambil dorang. 

Yang lebih membimbangkan lagi, daripada 400 pelarian Rohingya yang sampai di Aceh tahun lalu, kini hanya ada 112 orang je yang tinggal. Mereka ni disyaki ada hubungi ejen untuk bantu mereka lari ke Malaysia.  

Baca: “Kami minum air kencing sendiri” – Etnik Rohingya Ceritakan ‘Detik Hitam’ Sebelum Diselamatkan Warga Indonesia 

Rohingya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.