in

“Subscription RM 40 seumur hidup” – Pelanggan Movie Streaming Oversea Dedah Orang Malaysia Cuba Nak ‘Hack’ Akaun Mereka

Streamingnetflix

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang tengok kat mana-mana platform media sosial, ada warganet menjual langganan servis streaming movie atau muzik dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan langganan rasmi.


Bayaran yang sepatutnya dibuat secara bulanan tapi si polan tu jual sekali seumur hidup. Tahukah anda, jika kita membayarnya ia dah dianggap sebagai bersubahat dengan perbuatan jenayah? Ini selepas @ctnurhidaya (Siti) dan @AshraffMokhtar (Ashraff) mendedahkannya.

 

Kepada orang Malaysia yang cuba nak hack akaun saya f*ck off!”

Ia mula terbongkar apabila Siti mendedahkan pelanggan-pelanggan streaming movie memuat naik status di Twitter dengan mengatakan akaun mereka digodam oleh rakyat Malaysia.

Ada pengguna dari Malaysia yang cuba nak masuk akaun pelanggan-pelanggan ini.

Bahkan rakyat Malaysia juga terkena dengan ancaman tersebut apabila ada pengguna menerima notifikasi email yang menunjukkan bahawa ada pihak cuba log in  akaun mereka.

 

Akaun digodam

Susulan dengan penularan tweet ini yang telah meraih lebih daripada 1,000 jumlah retweets, Ashraff terpanggil untuk mendedahkan dalang disebalik penggodaman ini.

Menurutnya ia adalah kerja warganet yang menjual pakej langganan streaming dengan harga yang murah. Bayar sekali untuk seumur hidup.

Ketahuilah mereka ini pencuri, dan sedang berbuat dosa, dan kamu juga bersubahat.”

Malah menurut netizen, mereka kata aplikasi streaming muzik dan movie yang terkenal ini cukup mudah digodam untuk dapatkan butiran maklumat kad debit.

Itu sebab lah kita sentiasa digalakkan untuk tukar password.

 

Contoh 

Netflixhack5 2

Hmm, buat apa lah beli murah-murah kalau beli hasil curi kan? Kalau sebelum ni tak tahu, tapi bila sekarang dah tahu cubalah elakkan. Biarpun kesahihan dan bukti tak didedahkan andaikata was-was seeloknya elakkan lah.

Kepada pelanggan, dinasihatkan supaya terus menukar password dan cuba gunakan simbol dalam password korang.

 

Baca : 13 Reasons Why: 7 Sebab Kenapa Ramai Suka Tonton Siri Netflix Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.