in

“Ingat aku ape, Ironman?” – [VIDEO] Lawak! Lelaki Bagi Komen ‘Pedas’, Lepas Viral Orang Percaya Vaksin Ada Sumber Magnet

Fi Sudu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial pada masa kini dah menjadi platform yang boleh dikatakan, membantu untuk menyampaikan sesuatu maklumat itu dengan lebih cepat. Namun dalam pada itu juga, banyak maklumat dan info yang tak sahih dan tak masuk akal yang turut disebarkan oleh segelintir individu tak bertanggungjawab.



Macam kisah nak dikongsi kali ini, respon seorang lelaki terhadap isu yang menjadi bualan ramai baru-baru ni menarik perhatian ramai.

 

Dalam vaksin ada magnet?

Dalam beberapa hari yang lalu, tular sebuah teori yang mengatakan bahawa disetiap kandungan vaksin ni, ada unsur-unsur magnet. Teori ini diperkuatkan lagi apabila terdapat sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) menyatakan perkara itu ‘benar’ menurut perkongsian oleh seorang pengguna Twitter.

Hasilnya, ramai yang mula percaya dan menyebarkan tentang ‘kesahihan’ perkara tersebut di pelbagai platform media sosial.

Sudu 2 Edit Sudu 1

 

“Macam mana boleh melekat?”

Selepas isu ini menjadi bualan ramai, seorang netizen telah memuat naik video yang menyatakan bahawa semua ni mengarut dan ia nya berdasarkan pada logik.

Menerusi perkongsian @ansaffh di Twitter, dia menunjukkan reaksi suaminya yang geram dengan sikap segelintir masyarakat mudah percaya dengan ‘agenda-agenda’ yang banyak diperkatakan ini.

Oleh sebab itu, suaminya turut bagi demo dengan gunakan sudu besi dan lekatkan pada lengannya. Lelaki berkenaan turut sempat bergurau mengatakan bahawa dia ni bukannya superhero, yang ada kuasa untuk buatkan sudu tersebut melekat pada lengannya.

Bukan saja itu, dia turut nyatakan yang semua ini boleh difikir dengan logik akal dan turut menunjukkan yang ia juga turut boleh melekat di bahagian badan yang lain.

Sudu 3

Test dekat anak

Bukan saja itu, lelaki tersebut turut cuba lekatkan pada anak mereka yang masih kecil dan tidak dicucuk vaksin Covid-19. Ini bagi membuktikan bahawa vaksin bukanlah punca kepada isu seperti digembar-gemburkan oleh orang ramai.

Sudu 4

Adik tu pun muka redha je. Kesimpulannya, kita janganlah mudah sangat percaya dengan satu benda yang disahkan oleh doktor ‘online’.

 

Baca : “Polis datang mcm nak beraya” – [VIDEO] Netizen ‘Tepuk Dahi’ Tengok Babak Tak Logik, Polis Cuma Tercegat

Foot Sudu

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.