Kadang-kadang pengantin dari negara seberang ni yang tidak-tidak je dorang buat kan? Macam baru-baru ni viral sebuah video pasangan pengantin ketika majlis persandingan mereka dan tindakan pengantin perempuan itu mendapat perhatian netizen.
Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok itu, pasangan tersebut dilihat gembira meraikan hari bahagia mereka dan rupanya bekas kekasih pengantin perempuan tersebut dikatakan turut hadir memeriahkan majlis.
Setakat hadir tu boleh diterima lagilah tapi mengejutkan apabila pengantin perempuan itu dilihat meminta izin daripada suaminya untuk memeluk bekas kekasih buat kali terakhir. What?!
Melalui video itu, bekas kekasihnya dilihat menghulurkan tangan untuk bersalaman dan pengantin perempuan itu kemudian tersengih-sengih dan terus berpaling bertanya pada suaminya.
Boleh dipelukan sekali aja?”
Netizen kemudian menyifatkan pengantin lelaki itu sudah hilang akal kerana ‘sporting’ tak kena tempat dan membenarkan isteri tercintanya berpelukan dengan bekas kekasih di atas pelamin disaksikan ramai tetamu yang hadir.
Sambil menyaksikan mereka berpelukan, pengantin lelaki itu dilihat menggeleng kepala seperti memberi tanda ‘sudahlah’ kepada mereka. Bekas kekasih wanita itu kemudian memeluk pula suami terbabit.
Video tersebut kemudian menjadi viral di Indonesia dan hangat diperkatakan sehingga turut mendapat perhatian netizen Malaysia. Rata-rata netizen meninggalkan komen dan mengecam tindakan wanita terbabit kerana memalukan ramai pihak terutamanya suami, keluarga mentua dan keluarganya sendiri.
Ada netizen berkata suaminya itu layak untuk mendapat wanita yang lebih baik daripada dirinya. Mereka turut mengkritiknya kerana berbuat sedemikian dengan senyum tanpa rasa bersalah.
https://www.tiktok.com/@mayangkumay/video/6919388412373929217
Bayangkan kalau jadi dkt Malaysia ni.