Suami Kongsi Cerita Isteri Hamil Mengidam Naik UFO, Kapal Terbang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bagi suami yang bakal menjadi seorang ayah, ragam isteri yang sedang mengandung itu sudah menjadi perkara wajib untuk mereka layani. Kalau setakat mengidam nak makan buah mangga, rojak atau lain-lain itu masih boleh dituruti. Tapi bagaimana pula kalau si isteri mengidam mahu naik UFO? Pelik, kan??

Gambar hiasan – Sumber: Fact Retriever

Melalui perkongsian laman Facebook Info Ibu Hamil, seorang lelaki telah meluahkan kebingungannya terhadap perangai isterinya sendiri. Menurutnya, isteri yang sedang sarat mengandung 37 minggu itu mengidam perkara yang pelik. 

Assalamualaikum admin. Aku hanya nak kongsi cerita tentang bini aku yang tengah sarat ni. Aku sekarang tengah confused dengan dia. Dia hamil dah 37 minggu dan berumur 20 tahun.”

Selama ini alhamdulillah, cuma alahan kuat tapi tak adalah nak mengidam macam-macam. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku tak faham betul dengan perangai dia. Ada ke patut dia mengidam nak naik UFO?”

Sumber: Giphy

Pada mulanya, bakal bapa ini menganggap isterinya berjenaka dan dia hanya ketawa mendengar apa yang dikatakan si isteri. Pun begitu pada malamnya, dia terkejut apabila isterinya menangis kerana terasa hati dengan perlakuannya pagi tadi.



Malam tu tengah sedap tidur boleh pulak dia buat babak air mata pukul tiga pagi. Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa. Tanya punya tanya, dia terasa hati aku gelakkan dia petang tu.” 

Mana tak gelak. Memang tak masuk akal permintaan dia tu.” 

Malah isterinya juga diketawakan ahli keluarga yang lain setelah dia menceritakan hasrat untuk menaiki UFO.

“Malam itu aku kena memujuknya. Dia cakap dia selalu mimpi naik UFO dan teringin sangat nak naik,” kata lelaki itu lagi.

Aku kelentong dia cakap, ‘Macam mana nak cari UFO sayang oi! Depa datang bumi seabad sekali je.” 

Kesian betul sampai kena menipu! Hehehe…

Walau bagaimanapun, isterinya tetap juga tidak berhenti bercakap mengenai hal tersebut. Hampir setiap malam si isteri meluahkan hasrat untuk menaiki kapal UFO.

Aku dari rasa nak gelak dah bertukar jadi rasa nak marah dah. Mana tidaknya, minta benda yang aku tak boleh nak bagi.” 

Dia cakap kalau dia beranak nanti mati, tak kesian ke dekat dia kempunan nak naik UFO? Allahuakhbar! Agak-agak perasaan aku macam mana masa tu?”

Gambar hiasan – Sumber: Funnyjunk

Akhirnya lelaki itu mengadukan hal ini kepada ibunya. Dia dinasihatkan si ibu untuk membawa isteri naik UFO mainan di Tesco sahaja.



Esoknya aku ajak dia ke Tesco nak beli barang dapur. Masa lalu dekat tempat mainan, aku tanya dia, ‘Yang nak naik UFO yang mainan tu tak?”

Gambar hiasan – Sumber: Beston Amusement Rides

Ajaibnya isteri lelaki tersebut mahu menaiki UFO mainan tersebut! Walaupun malu ditenung orang ramai yang pelik melihat sikap isterinya yang keanak-anakan, dia tidak kisah. Yang penting dia sudah puaskan hati isterinya. Namun ia tidak berakhir di situ saja…

Yang aku pening sekarang, malam tadi dia cakap mimpi naik kapal terbang pulak. Subhanallah! Mengucap panjang aku. Perut dah nak meletup, macam manalah aku nak bawa pergi naik kapal terbang.” 

Nampak gayanya kena bawa pergi Tesco lagilah. Ibu mengandung ni memang perangai macam ini ke?”

Netizen yang membaca perkongsian ini pecah perut ketawakan nasib si bakal bapa tersebut. Malah ada juga yang terharu dengan sikap lelaki itu yang sabar dalam melayani sikap pelik isterinya.

Sabarlah ye bakal bapa. Kami doakan bayi yang dilahirkan itu sihat dan cerdas. Manalah tahu kalau besar nanti jadi pilot. 😛

Baca: Ibu Dedah Rahsia Bagaimana Orang Dulu-dulu Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!