in

“Suami Berpelukan Dengan Lelaki Lain, Apa Salah Saya Abang?”

Gay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga mana yang tak inginkan jodoh terbaik untuk anak-anak mereka. Begitu juga dengan keluarga Aini dan Mirul, seperti dikongsikan di Twitter.


Menurut Ayu Aziz, kisah ini merupakan cerita sebenar membabitkan rakannya Aini yang tidak pernah bercinta. Selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan, ibubapa Aini didatangi keluarga Mirul yang tertarik dengan kelembutan dan kesopanannya.

Keluarga Mirul datang ke rumah tanpa pengetahuan Aini sewaktu dia berada di kolej, dengan harapan ingin menjadikannya menantu dan isteri untuk anak mereka.

Nikah 1
sumber: twitter

 

“Dik, ayah rasa adik dah ready lah untuk kahwin..”

Selepas proses merisik selesai, barulah keluarga Aini memaklumkan kepadanya. Itupun selepas puas Aini dibawa berjalan-jalan, makan di tempat enak dan dibelikan itu ini.

“Dik, ayah rasa adik dah readylah untuk kahwin..”

“Mak dan ayah sebenarnya dah terima Mirul masuk meminang haritu. Tapi kalau Aini tak setuju mak boleh cakap dengan keluarga Mirul cuma kita malu sikitlah,” kata ibunya.

Selepas fikirkan sebaik-baiknya, Aini bersetuju untuk terima pinangan itu lalu bertunang selama 3 bulan. Dalam tempoh tu, mereka jarang berhubung. Jaga adab bercinta agaknya.

Mirul takkan contact Aini dulu, Aini pula sesekali saja akan mencari Mirul. Sampailah mereka berkahwin.

Nikah
Sumber: Berita Harian

 

“Bila Aini mabuk muntah-muntah, Mirul maki hamun..”

Sebulan berkahwin, ditakdirkan mereka mendapat anak. Dan waktu inilah perangai Mirul mula berubah apabila dia selalu memaki hamun dan menjadi panas baran.

Bila Aini mabuk muntah-muntah, Mirul maki hamun dia menyusahkan Mirul makan malam nak kena ambilkan mangkuk muntah. Ada saja barang dibaling sampaikan Aini menangis je setiap malam.

Tapi bila depan keluarga, Mirul elok saja even boleh menjadi imam masa solat berjemaah. Jadi apa silap Aini?

Tak lama kemudian, Aini dapat internship kat tempat lain yang agak jauh jadi mereka tak dapat duduk serumah. Bila hari cuti, Aini pun balik dengan harapan nak buat surprise buat suami tersayang.

 

“Ya Allah!! Dugaan apa lagi Kau beri ni ya Allahh??”

Dari jauh dah nampak kereta Mirul parking di depan rumah. Seronoklah Aini! Jadi dia pun masuk ke bilik perlahan-lahan..tapi, Mirul dengan..

Suami Lelaki

Sumber: Twitter

Mirul berlakon yang dia dah berubah demi menjaga hati parents. Sedangkan dia memang suka dan berhubungan seks dengan lelaki yang dicintai sejak belajar diploma tahun pertama.

 

“Jangan cakap sayang saya. Saya taknak dengar. Tapi awak sayang anak kita tak?”

Isteri mana tak sedih kalau dapat tau perkara macam ni. Aini bertanya kepada Mirul jika dia sayangkan anak dalam kandungannya.

Suami Lelaki 2
sumber: twitter

Suami Lelaki 4

Sumber: Twitter

Dipendekkan cerita, mereka buat keputusan untuk bercerai tanpa kongsikan masalah sebenar kepada keluarga masing-masing.

Mirul bagaimanapun tak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan tetap mengazankan anaknya sebaik dilahirkan di hospital.

Sekarang, Mirul dan Aini berkawan baik serta sama-sama membesarkan anak mereka yang berusia 3 tahun. Pada masa sama, Mirul juga tengah berusaha untuk ubah nafsunya kembali normal. Sebab dia bukan sahaja bernafsu pada lelaki, tapi kedua-duanya!

Semoga kisah ini menjadi teladan untuk kita semua.

Baca:Saya gay tapi solat 5 waktu, baca Al-Quran..”

Gay Lifestyle Gitu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.