in

“Saya gay tapi solat 5 waktu, baca Al-Quran…”

Gay Lifestyle Gitu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu LGBT ni bukan lagi isu rare di Malaysia. Ramai di antara golongan ni terpaksa sorok identiti mereka. Ada pulak yang terang-terangan mengaku sebagai LGBT dan hidup dalam komuniti kita macam orang biasa. Namun tak semua orang boleh terima mereka ‘seadanya’.



Menerusi perkongsian di Twitter, seorang lelaki berani buat luahan mengenai dirinya yang merupakan seorang gay. Namun menariknya, pengakuan ni bukan pengakuan biasa kerana individu ni katanya selain jadi gay, dia jugak seorang yang taat dengan agama Islam.

Whatsapp Image 2018 07 25 At 10.55.21 Am1
sumber: twitter 

“Saya gay dan kehidupan saya melibatkan solat 5 kali sehari, membaca al-Quran sekurang-kurangnya dua muka surat sehari, berjogging di waktu pagi, bergaul dengan rakan-rakan cishet (golongan straight dan bukan transeksual) saya, menonton sitcom kegemaran dan macam-macam perkara yang orang biasa buat,” tulisnya.

Malah seakan-akan tidak faham, individu ni jugak bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan gaya hidup gay?”. Haa jawab!

Kenyataan yang dikeluarkan individu ni telah menimbulkan kontroversi di kalangan netizen yang rata-rata bash tindakan ‘mamat’ ni sebab masih tak faham tentang isu agama walaupun mengaji tiap-tiap hari.

Gay Gay Beriman
sumber: twitter

Namun individu ni dengan pantas menjawab kehidupannya memang tak ada involve langsung berkaitan seks sejenis atau lain-lain. Malah dia jugak tak menyokong sodomi dan seks sebelum nikah. 

Start daripada tweet ni ramai dah mula ragu-ragu dengan individu ni. Ada yang mula persoal dia ada gay partner ke dan apa yang dia look forward bersama ‘pasangan’ dia tu? Namun jawapan lelaki ni agak mengejutkan!

Surah Baca Tapi
sumber: twitter
Whatsapp Image 2018 07 25 At 10.55.18 Am
sumber: twitter

Oh gay partner dia transeksual! Aduh bertambah pening admin… Kiranya bolehlah bernikah ye macam tu? Err…

Walaupun ramai yang tak setuju dengan pengakuan berani lelaki ni, masih ada jugak yang menyokong dan bash balik orang yang suka judge golongan LGBT macam individu ni. Yelah daripada kita bash teruk-teruk lebih baik kita nasihat dan beri semangat supaya mereka ni kembali ke pangkal jalan kan? 

Sokong 2 Vert
sumber: twitter

Individu ni jugak berharap yang masyarakat sekarang patut stop letak stigma kepada golongan LGBT kerana mereka jugak seperti orang lain, ingin berkeluarga dan bekerjaya. Ia samalah jugak macam kes pegawai khas Syed Saddiq, Numan Afifi yang letak jawatan gara-gara kontroversi ini.

Apa-apapun admin doakan gay ini dan partnernya berubahlah ke arah yang lebih baik. Solat dan mengaji tu dah bagus dah. Kita yang ‘normal’ ni pun culas nak buat kan? Doalah yang baik-baik buat teman kita ni. 

Baca: “Saya baca mesej horny suami dan teman lelaki” 

Horny Man

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.