in

“Stay indoors!” – Kesan Letupan Di Lebanon Boleh Memudaratkan Seluruh Rakyat Sebab…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi yang mengerikan di Lebanon malam tadi telah mengundang rasa sedih netizen apabila letupan gudang bahan mudah terbakar yang telah meragut lebih daripada 70 nyawa.


Ia juga telah mencetuskan kebimbangan berikutan dengan kesan letupan itu selepas salah seorang netizen tempatan dari negara tersebut menzahirkannya di media sosial. Katanya ia boleh memudaratkan seluruh warga Beirut jika terlalu kerap keluar rumah kerana…

 

Asap asid merebak ke udara

Kata netizen ini, asap yang merebak ke udara mengandungi asid dan ia akan menghasilkan hujan yang mengandungu asid nitrik.

Untuk pengetahuan asid nitrik ini bahaya kepada manusia ia boleh menghakis kulit manusia dengan mudah dimana boleh menyebabkan kulit luka terbakar dengan teruk.

Menerusi sumber, jika tersedut kabus asid nitrik, ia boleh menyebabkan hakisan membran mukus, edema paru-paru tertangguh malah kematian. Kalau terkena mata pula boleh menyebabkan kerosakan pada kornea.

Bagaimanapun masih tiada lagi bukti secara saintifik. Apa pun, kita harapkan bahawa semuanya baik-baik sahaja. 

 

Baca : Kes Letupan Maut Di Beirut: Rakyat Malaysia Disahkan Selamat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.