in

Kes Letupan Maut Di Beirut: Rakyat Malaysia Disahkan Selamat

Lubnan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi kita digemparkan dengan berita tragedi letupan sebuah gudang mercun di Beirut, Lubnan sehingga mendapat perhatian media di seluruh dunia.


Kejadian itu didakwa telah meragut 78 nyawa dan mencederakan lebih 4000 individu cedera. Malah, sehingga kini pelbagai update yang dikongsi di laman media sosial berkaitan insiden tersebut.

Bom

Terkini, menerusi perkongsian Facebook Datuk Seri Hishamuddin merangkap Menteri Luar Negeri Malaysia berkata melalui laporan awal dari Perwakilan Malaysia di Beirut, semua rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan yang selamat dan telah dinasihatkan supaya kekal berada di dalam rumah.

Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat ?? Lubnan yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini….

Posted by Hishammuddin Hussein on Selasa, 4 Ogos 2020

Pada masa yang sama, beliau juga turut mendoakan keselamatan penduduk di sana dan berhasrat untuk membantu Beirut semampu yang mungkin.

Baca: #PrayForBeirut [Video] 2750 Tan Ammonia Punca Gudang Meletup? Sekurang-kurangnya 4,000 Cedera dan 78 Terbunuh

Gambar Hiasan 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.