“Spontan habis” – Netizen Pecah Perut Tengok Reaksi Gadis Ini Melatah Sewaktu Live

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Melatah adalah reaksi spontan yang unik dan boleh dikatakan hanya berlaku di Kepulauan Melayu. Melatah ni memang tak boleh kawal untuk orang yang mengalaminya. Sebab tu kadang-kadang melatah ni boleh menghiburkan kita.

Okey, kali ni admin nak share pasal satu video melatah ni. Melatah yang kali ni special sikit sebab berlaku waktu tengah live. Iye betul, waktu tengah live. Kalau korang tak percaya, cuba korang tengok video oleh @HilmanRazak99 kat bawah ni.

Keras perut gelak

Kelakar habis weh dia tu melatah. Admin perasan tangan Ally Iskandar yang secara spontan tertepuk sofa tu. Dah kena pulak dengan orang yang jenis melatah, benda macam tu memang boleh trigger reaction dia.

Ini betul, admin pun tergelak sebab tengok yang lain tengah tahan gelak. Kalau dengan member-member, mau gamat bilik tu dengar orang gelak. Ni sebab live punya pasal, masing-masing control lah.

Admin pun rasa dia mesti malu. Tapi nak buat macam mana, dah itu memang reaksi orang yang melatah kan? Eh kira elok lah tu dia tak mencarut ke apa. Kalau mencarut dekat live tv, silap-silap boleh kena banned. 

Betul weh, maintain je muka dia. Takde pulak terbuat muka pelik-pelik time melatah. Tapi admin pun fikir gak, macam mana nak jadi doktor, kalau tiba-tiba tengah rawat orang pastu terlatah… uish bahaya tu.

 

Baca: “Sindrom unik” – Doktor Ini Jelaskan Melatah Dari Sudut Perubatan

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.