in

“Sindrom unik” – Doktor Ini Jelaskan ‘Melatah’ Dari Sudut Perubatan

1Lat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua antara kita mesti pernah dengar orang melatah kan? Selalunya orang tua-tua yang banyak melatah ni. Tapi makin banyak layan sosmed makin banyak pulak kita nampak orang-orang muda pun melatah. Pernah tak korang terfikir, kenapa melatah ni ada dekat tempat kita je? Tak pernah pulak nampak dekat orang-orang barat sana.


Persoalan itu telah dijawab oleh seorang pengamal perubatan dengan nama @zaidrostam di akaun twitternya. Penjelasan yang sangat informative itu sangat berguna kepada kita semua. Cuba Baca thread dekat bawah ni.

Screen Shot 2019 07 28 At 12.03.54 Pm

Sindrom unik

Sindrom ‘melatah’ ini boleh dikelaskan dibawah ‘Culture Bound Syndrome’  iaitu suatu fenomena yang terhasil dari manifestasi emosi yang hanya berlaku kepada kaum-kaum tertentu berdasarkan budaya atau bangsa mereka sendiri.

Screen Shot 2019 07 28 At 12.04.24 PmMencarut, memaki, apa semua tu memang kita tak boleh terima dalam budaya kita. Apatah lagi orang kita penuh dengan sifat yang sopan santun dan berbudi bahasa. 

Screen Shot 2019 07 28 At 12.04.49 PmBetul, orang yang melatah ni selalunya tak sedarkan diri bila dorang melatah. Faktor tekenan hidup, stress dan perkara emotional yang lain ni yang buat orang tu melatah. Sebab tu orang yang melatah ni akan penat bila asyik-asyik kena kacau dan melatah banyak kali. Dorang tengah mengekspresi emosi rupanya. 

Screen Shot 2019 07 28 At 12.05.06 PmMungkin betul gak teori doktor ni. Kita yang dulunya sinonim dengan adab dan bersopan santun sekarang ni dah macam makin kurang nilai-nilai tu. Mungkin sebab faktor permodenan kot? 

Reaksi netizen

Thread yang banyak info ni mendapat macam-macam reaksi dari netizen. Ada yang berkongsi info tambahan, ada yang tanya soalan.

Screen Shot 2019 07 28 At 12.05.44 PmWah rupanya bukan orang kita je yang melatah. Orang Eskimo pun melatah gak. Kena pegi sana ni cucuk sorang dua nak tengok melatah atau tak. 

Screen Shot 2019 07 28 At 12.06.34 PmKalau ikut thread tadi tu, kita tahu yang orang melatah ni bukan sengaja. Semuanya sebab Culture Bound Syndrome (CBS). Patut lah orang-orang barat sana tu tak melatah. 

Screen Shot 2019 07 28 At 12.06.02 PmSapa yang ada tahu cara nak stop melatah ni tolong share dengan brader kita sorang ni. Kesian dia tak pasal-pasal makin hilang self confident dia. 

 

Baca: “Bila manusia melatah masuk olahraga..” – Tengok Video Ni Mesti Korang Terhibur

Screen Shot 2019 07 28 At 1.15.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.