in

“Sorry lah, tersasul cakap” – Lelaki Kena Pukul Secara Berkumpulan Lepas Dituduh Rogol Remaja 16 Tahun Padahal..

Johor

Tuntut keadilan tak boleh dibuat secara paksa, melakukan tindakan mengikut emosi buruk padanya, jadi biarlah pihak berkuasa yang lakukan. Lagi satu kenalah pastikan kesahihan dulu, ini tidak, buat tindakan membabi buta lepastu tahu-tahu ia hanyalah sekadar fitnah macam kes kat Johor ni.

Ada sekumpulan lelaki pukul seorang pemuda kerana didakwa merogol seorang remaja 16 tahun, lapor WORLD OF BUZZ.

Tapi korang tengok baca dulu cerita ni sampai habis, mesti korang jadi panas hati!

 

Dibogelkan sebelum kena belasah teruk

Johor Man Gets Beaten Had His Genitals Burned By Angry Mob After 16Yo Girl Claims He Raped Her World Of Buzz 8

Dikhabarkan lelaki tersebut melakukan perbuatan terkutuk itu di satu tempat pusat karaoke. Video mangsa dipukul beramai-ramai itu viral di media sosial.

Lelaki (mangsa kena pukul) itu dilaporkan’ mengumpan’ remaja 16 tahun itu untuk ajak karaoke sebelum dibawa ke dalam bilik lain untuk diajak main mobile game sama-sama dan pada waktu itu lelaki tersebut dikatakan telah merogol remaja tersebut.

Johor Man Gets Beaten Had His Genitals Burned By Angry Mob After 16Yo Girl Claims He Raped Her World Of Buzz 10

Oleh sebab itu, orang ramai buru lelaki ini sampai berjaya ditangkap, lelaki itu merayu untuk dilepaskan sampai sanggup nak tawar duit, namun bajunya ditanggalkan dan dibelasah beramai-ramai.

Johor Man Gets Beaten Had His Genitals Burned By Angry Mob After 16Yo Girl Claims He Raped Her World Of Buzz 9

Belasah sampai kepala dia kena hentak dengan botol kaca. Lepas dah teruk kena belasah, baru tahu cerita sebenar!

 

Mangsa tak sedar ada cakap yang dia kena rogol!

Johor Man Gets Beaten Had His Genitals Burned By Angry Mob After 16Yo Girl Claims He Raped Her World Of Buzz 5

Rupa-rupanya insiden itu tidaklah berlaku seperti mana yang disampaikan, tak lama lepas tu, remaja yang kata dirinya kena rogol itu ada muat naik satu video tampil mohon maaf.

Katanya, dia tersasul cakap sehingga menyebabkan lelaki itu dipukul teruk.

“Saya nak minta maaf lo, mungkin saya tak sedar yang saya ada cakap dia rogol saya”

Tak teruk-teruk kena pukul boleh pula dia buat macam tu.

Jadi, lepasni kena dengar cerita daripada kedua-dua belah pihak, atau bawa sahaja kepada pihak berkuasa. Bukan main hentam tuli buat tindakan sendiri!

 

Baca : “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Buli