“Sorang tunggang agama, sorang tunggang doktor” – Dakwa Mampu Ubati HIV, Netizen Dedah Pekerjaan Sebenar Isteri Daie Farhan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak habis-habis lagi cerita pasal Dai’e Farhan dan isteri barunya. Ada je benda yang terdedah pasal dorang tu. Dari tampil buat statement mengarut dekat TV dan medsos sampai lah netizen pecah lubang cerita dulu-dulu.

Sementara masih hangat isu Dai’e Farhan kawin lagi satu ni, admin baru dapat satu teh panas pasal isteri baru beliau. Nak tahu apa teh panas tu, korang tengok tweet kat bawah oleh @HausofHilton.

Tunggang selagi boleh tunggang

Hasil pendedahan netizen, baru lah kita tahu yang isteri Dai’e Farhan ni seorang doktor. Doktor apa tu admin pun tak pasti, tapi yang admin tahu, doktor bukan tulen lah. Benda ni dah lama, sekitar tahun 2014 dulu. Tapi sekarang baru viral pasal benda ni.

Dr. Amalina pun tertanya gak pasal benda ni. Tapi setakat ni masih belum dapat maklum balas atau reaksi dari beliau. Kita tunggu je lah, sebab Dr. Amalina ni memang lantang bab-bab salah guna bidang perubatan ni.

Admin tengok screen laptop tu macam slide presentation power point je. Tapi kalau betul, memang power weh teknologi yang dia pakai, boleh scan gitu je. 

Suka-suka hati je suruh berhenti makan ubat hospital. Apa dia ingat HIV tu boleh sembuh macam tu je ke. Power betul. Universiti mana dia belajar dulu ni?

Yang ni admin setuju, benda-benda yang macam ni berlaku secara tak langsung ada hikmah yang membuka mata kita siapa sebenarnya dorang tu. Kalau tak viral, netizen tak gali sampai ke lubang cacing kan?

Yang ni pulak benda baru. Admin tak pasti kesahihan dia, tapi admin rasa nak kongsi gak supaya semua orang tahu dan sedar dengan benda apa yang kita tengah deal sekarang ni. Awas, jangan mudah tertipu dengan scammer yang nak kikis duit korang.

 

Baca: “Laki bini sama naik rupanya” – Penjelasan Isteri Baru Dai’e Farhan Buat Netizen Kerut Dahi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.