in

Gadis Dibuli Budak Sekolah Lain Trauma Lepas Video Viral, Ditendang & Dipaksa Cium Kaki 10 Kali

Seorang pelajar di Bekasi, Indonesia menjadi mangsa buli rakan sebaya dikatakan hanya kerana memakai solekan ke sekolah. Melalui video viral yang dilaporkan berlaku pada Jumaat lepas (24 Julai) itu, mangsa telah ditendang di bahagian muka dan dipaksa untuk cium kaki pembulinya.

Menurut Tribun, mangsa yang telah dibuli oleh sekurang-kurangnya oleh dua pelajar perempuan dari sekolah lain itu kini dalam keadaan trauma dan tidak mahu keluar dari rumah. Menurut keluarga, dia berasa malu memandangkan wajahnya kini sudah viral di internet.

Dia (mangsa) malu, dia tak mahu keluar (rumah) kerana mukanya sudah viral di media sosial.”

Dalam video itu juga, mangsa juga dilihat mencangkung sambil cuba menutup mukanya sambil salah seorang pembuli menghulurkan kaki dan memaksanya mencium kaki sebanyak 10 kali.

Menurut Kompas, sebelum itu mangsa juga telah ditarik dari motosikal yang ditunggangnya hingga terjatuh. Selepas itu, pelaku telah bertindak menendang mangsa beberapa kali dan melalui video yang viral tersebut boleh didengari mangsa menjerit beberapa kali. Ketika itu, perakam merangkap pembuli itu didengari berkata,

Dah jangan diulangi lagi kayak gitu, nih gue ingetin lu kalau ke sekolah muka lu jangan dempulan (solek), ya? Iya nggak?”

Makanya jangan cari masalah mulu, kalau enggak mau (dibuli).”

Difahamkan, mangsa telah dibawa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital dan keputusan itu akan digunakan sebagai bukti sekiranya mangsa ingin membuat laporan polis terhadap pembuli.

Boleh baca berita penuh di sini.

Baca: “Dia tak nak mengaku” – Adik Rizal, Mangsa Buli Rahsiakan Dekat Ibu

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram