Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang penuh dengan kenangan sama ada manis ataupun pahit. Semuanya terpahat dalam memori setiap insan yang bergelar manusia.
Pasti semua orang pernah alami perkara yang tak dapat dilupakan masa kecil-kecil dulu macam kencing dekat tilam kan. Kalau tak pernah memang korang power la. Min pun pernah cuma tak bagitau orang hehe.
Dalam perkongsian @ezzaezurazainalabidineez, dia telah memuat naik satu video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang minta maaf kerana kencing dekat tilam.
@its.me.eeza
Kanak- kanak perempuan itu yang merupakan anak Ezza yang pertama meminta maaf kepada ibunya kerana dia kencing dekat tempat tidur. Cara budak perempuan itu minta maaf telah menarik perhatian netizen yang menonton kerana dia meminta maaf dengan cara yang sopan dan lemah lembut.
Video ini telah mendapat lebih daripada 200 ribu jumlah tontonan di Tiktok hingga kini. Rata-rata netizen puji dengan sikap kanak- kanak tersebut yang lemah lembut dan sopan. Comel je budak tu…
Mereka juga beranggapan Ezza telah mendidik anak-anaknya dengan cara yang betul dan mendoakan supaya budak perempuan itu akan menjadi anak yang solehah bila besar nanti. Aamiin…
Kalau nak minta tips dapat anak yang comel dan sopan boleh la roger akak Ezza ni tau.
Baca: https: “Tak boleh nak marah” – Pergi Office Untuk Mesyuarat Penting Sekali Buka Beg Ada Laptop Mainan Anak