in

“So, setakat minta maaf je cukup lah?” – Netizen Bengang Exco Perak Langgar PKP Tapi Tak Kena Saman Atau Kena Tahan

Razman Zakaria

Hujung minggu baru-baru ini, kecoh di Twitter pasal gambar Exco Perak Razman Zakaria yang tular di mana beliau telah menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz dekat Lenggong.

Razman1

Razman3

Menurut Awani, beliau telah ke maahad itu pada petang Jumaat dan selepas mendapat tahu gambar tersebut tular Razman tampil untuk membuat permohonan maaf.

 

Tak disaman atau ditahan!

Bagaimanapun, menurut perkongsian di Facebook dan Twitter, anak Razman sendiri dikatakan telah mengaku bahawa dia dan bapanya itu tidak dikenakan saman atau ditahan kerana melanggar arahan PKP.

Razman2

Sekadar pergi ke balai polis untuk beri keterangan kemudian terus pulang ke rumah. Hal itu membuatkan netizen bengang kerana umum tahu rakyat yang melanggar arahan PKP dikenakan saman atau ditahan pihak polis.

Z1

Baca perkongsian penuh di bawah:

Alhamdulillah, kami telah hadir ke Balai Polis Daerah Lenggong untuk beri keterangan mengenai isu makan di maahad yang…

Posted by Muhammad Rif'aat Razman on Sunday, April 19, 2020

 

“Kalau rakyat kena depa mohon maaf je ok lah?”

Selain netizen, ada juga ahli politik yang turut kurang senang dengan isu ini. Young Syefura melalui Twitter telah persoal Razman tentang perihal beliau melanggar PKP itu.

Cukup mohon maaf? Kalau rakyat kena depa mohon maaf je ok lah?”

Ramai netizen juga memberikan respon dan pendapat masing-masing tentang hal ini di mana rata-ratanya tidak puas hati dengan kes Razman serta anaknya melanggar arahan PKP sedangkan beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik.

Macam mana boleh buat aktiviti macam tu? Tak penjarakan sosial pun…. Smiley Surprised

Baca: “Nanti nak mintak kerja pun susah’ –Gara-gara Langgar PKP, Lelaki Kongsi Pengalaman Masuk Penjara 2 Minggu

Feature 4 13

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: NST
Sumber: Facebook