in

“So proud of you” – Tukang Jahit Dipuji Netizen, Hanya Menjahit Dari Rumah Tapi Berjaya Dapat Customer Dari Melbourne!

Jahit Baju Pelanggan Oversea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka tukang jahit tempatan yang menjahit secara kecil-kecilan di rumah rupa-rupanya boleh menambat hati pelanggan dari luar negara?


Lebih menarik lagi, pelanggan dari Melbourne, Australia tersebut katanya telah menempah busana persalinan pengantin kepada tukang jahit dari Malaysia ini.

Menerusi perkongsian Suhyla Ashari, 26, di TikTok, dia memberitahu bahawa ini merupakan tempahan kali ketiga yang diterimanya untuk menjahit busana pengantin buat pelanggan dari luar negara. Wow! 

@cuwila

Alhamdullilah, kali ke 3 dapat tempahan dari customer oversea. ?? syukur ya Allah #fyp #fypdongggggggg #tiktokmalaysia #smallbusiness

♬ double take – dhruv

 

Terkejut terima tempahan dari luar negara 

Menurut mStar, Suhyla akui sangat teruja dan terkejut apabila wanita berkenaan menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk membuat tempahan baju pengantin.

Proses menyiapkan baju itu juga mengambil masa selama 3 hari, dan akan tiba di Australia dalam masa sekitar 6 ke 7 hari.

Suhyla
Suhyla bersama keluarga

Wanita itu merupakan penduduk tetap di Australia dan akan berkahwin dengan lelaki Melayu yang menetap di sana. Dia menghubungi saya melalui WhatsApp pada 10 Jun.

“Sepatutnya mereka bernikah pada 10 Ogos tetapi tiada tarikh tetap lagi disebabkan sekarang tengah lockdown di Melbourne. 

“Idea baju dari saya, tetapi ada juga ikut permintaan dia yang mahukan design tidak menjolok mata untuk nikah sebab dia baru saja peluk Islam. Saya rasa sangat teruja nak reka dan menjahit baju untuk dia,” katanya.

Menurutnya lagi, proses menjahit dilakukan seperti biasa tetapi agak mencabar juga dari segi ukuran sebab pelanggan tak ada di depan mata.

Suhyla yang juga bekas pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau dalam bidang Diploma Art & Fashion Design ini berkata, dia pada awalnya mengambil tempahan menjahit veil untuk pengantin sebelum beranikan diri untuk terima tenpahan jahit pakaian wanita.

Video perkongsian wanita itu telah mendapat pujian ramai dan rata-rata sangat mengagumi kejayaannya dalam bidang tersebut.

Komen Tiktok 3

Semoga terus sukses ya! 

Baca: “Dibuang kerja akibat pandemik” – Kisah Khaby Lame, Dari Orang Susah Kini Raih RM 5 Juta Di TikTok

Khaby Lame

Sumber: mStar
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.