in

“Dibuang kerja akibat pandemik” – Kisah Khaby Lame, Dari Orang Susah Kini Raih RM 5 Juta Di TikTok

Ft Kisah Khaby Lame 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Andaikata korang tak kenal dengan Khaby Lame, pasti korang familiar dengan seorang lelaki yang selalu buat reaksi video-video lifehack yang tak masuk akal dekat gambar diatas ni kan?


Gaya yang begitu effortless tapi savage mampu membuatkan netizen terhibur. Dengan reaksi wajah yang selamba ini, rupa-rupanya tersirat kisah duka dan dugaan besar yang dilaluinya sebelum dirinya dikenali di TikTok.

 

Hilang kerja sebab pandemik Mac tahun lepas

Kisah Khaby Lame

Khabane Lame atau di TikTok dikenali sebagai @khaby.lame ini merupakan pemuda 21 tahun kelahiran Senegal, Afrika sebelum keluarganya berhijrah ke ke Chivasso, Itali.

Khaby bekerja sebagai seorang operator di sebuah kilang, namun begitu, pada Mac 2020 tahun lepas, dia telah kehilangan kerja akibat pandemik global ini.

Kisah Khaby Lame 5

Disebabkan itu, dia jadi tertekan dan buat video untuk menghiburkan orang lain, keluarganya tinggal di sebuah apartment yang bertaraf sederhana dan sejak Khaby hilang kerja, keluarga mereka mengalami masalah kewangan.

Jadi Khaby membuat keputusan untuk ‘main; TikTok untuk menghiburkan diri daripada tekanan yang rakyat biasa alami, dia banyak meluangkan masa bermain TikTok sehingga ayahnya dikatakan sampai merayu untuk cari kerja lain.

Pada awal kemunculannya di TikTok, Khaby banyak kongsikan kepayahan hidupnya ketika musim pandemik ini.

Namun begitu, hasilnya tidak memberangsangkan sehingga dia dikecam teruk dan ada yang mengatakan bahawa tiada orang yang sudi melihat videonya.

Dengan usaha, Khaby mula membuat video-video reaksi muka sarkastik yang kita kenali sekarang. Ini antara contoh video dia, tak keluarkan apa-apa ayat dari mulut dia, hanya reaksi muka sahaja…

@khaby.lame

#??Perfavore non fare questo con la Pizza?? #??Please don’t do that with Pizza ?? #LearnFromKhabi #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok #pizza

♬ suono originale – Khabane lame

@khaby.lame

Easy ?

♬ suono originale – Khabane lame

Jadi pengguna TikTok kedua paling tinggi followers, jana jutaan dollar dalam masa setahun.

Kisah Khaby Lame 4

Dengan video-video seperti ini, ia telah menaikkan nama Khaby.lame sebagai pengguna TikTok kedua paling tinggi followers  dari seluruh dunia.

Menurut sumber, Khaby kini dah mempunyai lebih daripada100 juta followers di TikTok dan 34 juta di Instagram,  dengan jumlah followers yang naik mencanak ni, dikatakan tahun ini Khaby dah meraih sebanyak $1-$2 juta (anggaran RM 5 juta), biarpun dikatakan jumlah terkini lebih tinggi memandangkan jumlah pengikut kini semakin menaik.

Kisah Khaby Lame 3

Menurt LADbible, 15 dari posting Khaby, dianggarkan purata engagement rate adalah 0.10 peratus untuk setiap posting tersebut.

Ia bermaksud, anggaran jumlah yang dia perolehi dari tajaan TikTok pada masa itu antara $ 13,380 (RM 56,637.54) dan $ 22,300 (RM 94,395.90).

Kiraan perkongsian diatas ini adalah sewaktu Lame ketika hanya memiliki 22 juta pengikut,bayangkan sekarang dah ratus juta berapa rate dia.

 

Baca : ‘Influencer’ Belanja RM623k Buat Pembedahan Plastik Agar Rupa Macam Jimin BTS

Cover 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.