Sisa Domestik Cecah 40,000 Tan Ramadan Ni, Punca Dari Sisa Makanan & Beg Plastik!

Ramadan tahun ini sedikit berbeza daripada dua tahun sebelum ini, bulan puasa tahun ini kita dapat saksikan bazar-bazar Ramadan sudah mula dibenarkan beroperasi dan pastinya ia jauh lebih meriah daripada tahun-tahun sebelum ini.
Bagaimanapun, terdapat sebuah informasi yang agak sukar untuk didengari. Difahamkan, sebanyak 40,000 tan metrik sisa domestik dikutip di bandar Kuala Lumpur pada hari ke-20 Ramadan tahun ini, ia menunjukkan peningkatan berbanding 32,000 tan metrik tahun lalu.
🍚 40,000 tan metrik sisa domestik dibuang di KL Ramadan ini‼️😵
Hargailah makanan & elakkan pembaziran.
🍚 40,000 tonnes of domestic waste in KL linked to Ramadan‼️😵
Please appreciate food & avoid wastage.
-infografik/infographic- pic.twitter.com/er1U9ut6CD
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 29, 2022
Dalam laporan BH Online, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Datuk Mohd Zain Hassan, berkata kutipan tahun ini adalah yang tertinggi bagi tempoh empat tahun sejak 2019 dan keadaan itu sudah dijangka berikutan Bazar Ramadan beroperasi seperti biasa seterusnya menerima lebih ramai pengunjung.
“Kutipan sisa domestik di Kuala Lumpur tahun lalu adalah 32,000 tan metrik, 2020 (27,000) dan pada 2019 jumlahnya adalah 33,000 tan metrik.” katanya.
Tambahnya lagi, sisa makanan yang tidak dihabiskan atau tidak disentuh, termasuk bahan pembungkus seperti beg plastik sekali guna antara penyumbang utama peningkatan jumlah sisa pepejal di Kuala Lumpur.
Disebabkan itu, beliau meminta kerjasama daripada semua pihak untuk membantu menjaga kebersihan di kawasan masing-masing.
Makan berpada-pada ok guys? Jangan membazir!
Baca: “Tapak dah la maha” – [VIDEO] Peniaga Bazar Geram ‘Event’ Sendu, Dakwa Penganjur Tak Buat Kerja




