in

“Tapak dah la mahal” – [VIDEO] Peniaga Bazar Geram ‘Event’ Sendu, Dakwa Penganjur Tak Buat Kerja

Peniaga Bazar Geram Event Sendu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau pergi bazar Ramadan tak sah kalau tempat tu tak dipenuhi orang. Sama juga dengan bazar Aidilfitri yang menjadi tumpuan masyarakat untuk beli persiapan raya terutama sekali bila nak hujung bulan puasa. Betul tak korang?

Namun, lain pula yang menimpa para peniaga bazar raya yang terletak di Stadium Shah Alam baru-baru ini. Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang TikTokers @qieyy.azman, jelas dapat dilihat vendor tak puas hati dengan penganjur bazar.


https://www.tiktok.com/@qieyy.azman/video/7091612433713843482?_t=8RscJ0yAaY5&_r=1

Dalam video tersebut, peniaga bazar terus pergi ke meja urus setia penganjur lepas tutup booth mereka bagi meluahkan rasa kecewa dengan sambutan event yang sendu. Kata peniaga tersebut, mereka tak dapat seperti apa yang dijanjikan oleh penganjur.

Apa yang lagi keruhkan keadaan bila tiba-tiba lampu terpadam didakwa dilakukan oleh penganjur sendiri sampaikan peniaga bazar terpaksa suluh pakai lampu kereta dan telefon untuk meneruskan perbincangan. Penganjur dilihat hanya buat tak tahu dengan apa terjadi.

Menerusi sebuah lagi video yang dikongsikan oleh TikTokers @nesloooaiss ini, dilihat sekumpulan peniaga bazar raya mengamuk dan bertelagah dengan pihak penganjur festival yang rata-ratanya kesal kerana pelaburan mereka bagi membayar sewa tapak bazar tersebut tidak berbaloi.

https://www.tiktok.com/@nesloooaiss/video/7091349263753530650?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=7091349263753530650

Pada masa yang sama, mereka mendakwa yang pihak penganjur tak jalankan kerja dalam membuat promosi supaya orang ramai sedar tentang kewujudan bazar raya tersebut. Mereka juga menjelaskan yang pengiklanan dan banner penganjur tidak padu dan susah dilihat orang.

Walaubagaimanapun, semasa perbincangan, pihak penganjur ada kata yang ‘bos’ mereka akan turun padang bagi meninjau sendiri nasib yang dialami oleh peniaga di situ. Macam-macam hal!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang merupakan orang Shah Alam sendiri mengakui tidak tahu berlangsungnya bazar raya tersebut dan ada juga kasihan dengan nasib peniaga yang seolah-olah dianiaya penganjur.

“Saya yang duduk dekat situ pun tak tahu ada bazar raya” – Komen netizen

KOMEN VENDOR

Harapnya penganjur segera bertanggungjawab dalam selesaikan isu ni!

Baca: “Kan dah kena” – Penganjur Ingkar SOP, Konsert Pesta Makanan Dikompaun PDRM

bawah 12

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.