in

“Tiga Juta Rakyat Malaysia MASIH INGKAR Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” – Panglima Angkatan Tentera M’sia

Featured 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas je pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac 2020, ramai rakyat yang bertindak untuk pulang ke kampung halaman.


Jalan mulai sesak dan dipenuhi dengan kenderaan yang berpusu-pusu menghala ke arah utara, selatan, timur dan barat tanah air.

Meski pun sudah diingatkan supaya mereka kekal berada di rumah dan hadkan pergerakan, namun perkara itu tidak diendahkan rakyat di negara ini.

 

3 juta rakyat MASIH INGKAR!

Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac ini, untuk membendung penularan COVID-19- Panglima ATM

Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata jumlah itu merupakan satu angka yang besar dan ia perlu ditangani segera, lapor Awani.

2658943F62A5D2284D601262B83B388C

Beliau berkata meskipun PKP mencapai kadar pematuhan sebanyak 90 peratus namun baki 10 peratus yang ingar tidak boleh dipandang ringan.

“Kegagalan juga bukanlah suatu pilihan kepada ATM, justeru kita akan membantu PDRM memupuk sifat berdisiplin di kalangan rakyat untuk mematuhi perintah dan arahan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“ATM juga bersetuju penguatkuasaan PKP diberi lebih tumpuan di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti pasar dan pasar raya kerana sehingga kini orang ramai didapati masih bersesak dan tidak mengamalkan penjarakan sosial,”

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu yang tersebar khususnya melibatkan maklumat, gambar, video dan rakaman suara babitkan ATM.

1 17

“Ia boleh mencetuskan kebimbangan serta panik sedangkan ia (berita palsu) menunjukkan kaedah yang tidak benar dalam penguatkuasaan PKP.

Jeneral Tan Sri Affendi Buang memaklumkan setakat ini seramai 7,500 anggota ATM dari ketiga-tiga cabang ditugaskan membantu PDRM melakukan kawalan di 405 lokasi sekatan jalan raya dan 272 kawasan rondaan kereta peronda polis di seluruh negara.

 

Baca : Covid-19 : Tempoh Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mungkin Dilanjutkan Hingga 2 Bulan?

Featured 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.