in

“Singgah di Johor ke Johol?” – Netizen Pertikai Lirik Lagu Joget Pahang, Tapi Ini Jawapan Sebenar Dari Anak Penulis Lirik

Johol Ke Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat lagu klasik P. Ramlee, korang mesti pernah dengar lagu Joget Pahang kan? Dalam lagu tersebut ada satu lirik yang berbunyi,


“Dari Melaka ke negeri Pahang, singgah di Johor beli berangan…” 

Dengar macam biasa kan? Tapi seorang netizen di Twitter ni tetiba persoal lirik lagu tersebut dengan mengatakan kita selama ini menyanyikan lagu tersebut dengan lirik yang salah. Haa biar betul?? Dah berzaman weh nyanyi lagu ni! 

 

“Bukan Johor harap maklum, tapi Johol. Jadah nak pergi Pahang dari Melaka, patah balik Johor” 

Menurut perkongsian yang viral di media sosial, individu tersebut rasa annoying sangat dengan mereka yang salah menyanyi lirik tersebut dan sering sebut nama negeri Johor dan bukannya Johol.

Kata individu ni, Johol merupakan sebuah kawasan di Negeri Sembilan dan lagi logik kalau rombongan pada masa dulu merantau dari Melaka ke Pahang untuk melalui Johol dari patah balik pulak nak Pahang. Kan jauh tu!

47207764 2441309109225429 5931849370537295872 N
sumber: facebook

 

Netizen berbalah sama ada nak lalu Johol atau Johor, siap guna Google Maps lagi! 

Well kalau benda ni dah masuk campur dengan netizen, pastinya isu kecil macam ni akan jadi topik perbincangan dan perbalahan. Masing-masing nak tunjuk pandai dan berpengetahuan dalam isu tersebut siap gunakan Waze/Google Maps lagi untuk tengok mana satu jalan sebenar yang digunakan orang dulu untuk ke Pahang.

Dari Melaka Gais Pergi Johor
sumber: facebook

Terer jugak korang ni tapi… 

 

Anak penulis lirik Joget Pahang buka mulut, minta netizen jangan nak memandai! 

Isu ni kemudian mendapat perhatian Anwardi Datuk Jamil yang juga anak kepada penulis lirik lagu Joget Pahang, Datuk Jamil Sulong di Facebook.

Menurut Anwardi, lirik lagu yang ditulis bapanya dan P. Ramlee ni memang tak ada salahnya dan betullah memang kena lalu Johor dulu sebelum ke negeri Pahang. Wah! 

“Ada orang minta saya selesaikan satu pertikaian pada malam semalam. Dalam lirik lagu Joget Pahang, lagu yang diciptakan P Ramlee dan lirik ditulis arwah bapa saya, mereka tanya – ada satu baris yang menyebut: “Dari Melaka ke negeri Pahang, singgah di Johor beli berangan”. 

“Seorang lelaki beritahu orang ramai yang lirik lagu sebenar ialah Johol dan bukan Johor. Menurut dia, siapa yang gila nak pergi Selatan dulu (Johor) dan kemudian ke Timur Laut ke arah Pahang…

“Kepada individu tersebut yang sebut Johol, saya cadang supaya dia jangan tunjuk pandai. Kisah ini mengenai Hang Tuah pergi ke Pahang untuk bawa lari Tun Teja. Sekarang kalau Google Johol, anda akan tahu yang pada abad ke 17 (lepas kejatuhan Melaka), Johol dikenali sebagai Sungai Keroh. 

“Bila ada Undang Johol, barulah ada kawasan yang beri nama Johol. Jadi Johol tak wujud masa zaman Hang Tuah. Itu satu,” katanya.

1000528 1384557165089695 1761702371 N
sumber: facebook

 

“Highway Karak tak wujud lagi zaman tu…”

Malah kata Anwardi lagi, jalan zaman sekarang dengan jalan pada zaman dulu memang jauh berbeza. Tak ada highway bagai. Zaman dulu orang naik sungai dan sampan untuk cepatkan perjalanan.

“Sekarang saya rasa individu ni fikir highway Karak dah wujud masa zaman dulu, sebab tu lah dia cakap lagi logik kalau Tuah pergi ke Utara dan kemudian ke Timur (menggunakan Lebuhraya Karak dan lebih raya Timur-Barat yang baru).

“Memang logik laluan tu kalau lebuhraya tersebut wujud pada zaman tu. Tapi malangnya tidak. Itu nombor dua. Sekarang, Johor ialah sebuah negeri bukan bandar macam Johor Lama atau Johor Baru. Ia sebuah negeri yang bersempadan dengan Melaka,” katanya.

Kuala Lumpur Karak Highway 001
Karak | sumber: klia2

 

“Zaman dulu kalau kau bodoh sangat nak travel menggunakan jalan darat ke Pahang…”

“Pada zaman dulu, bodoh sangatlah kalau anda cuba dan travel ke Pahang menggunakan jalan darat. Anda perlu lalui Johor yang menghala ke Pekan dan ke Utara iaitu ke Kuantan atau Inderapura. Ikut laluan Johol ke Kuantan memang kerja gila sebab anda kena daki bukit sebelum nak sampai ke Pahang. Itu nombor tiga. 

“Dan kalau anda baca buku Hang Tuah, anda akan sedar yang Hang Tuah pergi ke Pahang guna jalan laut iaitu melalui Selat Johor dan ke Laut China Selatan. So pergi ke Johol menggunakan kapal memang agak susah. Jadi sebab itulah ayah guna Johor dan bukan Johol,” jelasnya panjang lebar.

Film5 Hang
sumber: blog

Haa tu dia faham ke tidak? Walau macam manapun, dengarnya indivdu tersebut dah pun delete tweet kontroversinya tadi dan memohon maaf kepada semua. Harap-harap tak adalah perbalahan lagi ye soal ni.

Jom Joget Pahang! 

Baca: Kenapa Orang Kita Tak Guna Perkataan ‘Sarong’ Tapi Lagi Selesa Panggil Kain Pelikat?

Pulikat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.