in

Kenapa Orang Kita Tak Guna Perkataan ‘Sarong’ Tapi Lagi Selesa Panggil Kain Pelikat?

Pulikat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari zaman Hang Tuah lagi, sudah jadi budaya orang Melayu pakai kain pelikat tak kiralah semasa waktu tidur, santai di rumah ataupun segak ke majlis perkahwinan dengan bersampinkan kain pelikat.


Tapi kalau korang perasaan, orang luar selalunya akan panggil kain pelikat sebagai ‘sarong’ yang merupakan perkataan asalnya daripada Bahasa Melayu berbanding kita yang lebih selesa memanggil ia sebagai ‘kain pelikat’. Kenapa macam tu?

Well setiap pertanyaan pasti ada jawapannya, jom baca di bawah! 

 

Orang Malaysia panggil ‘kain palikat’ tapi perkataan Bahasa Melayu ‘sarong’ dipakai seluruh dunia?

Menerusi rentetan tweet daripada pengguna Twitter Sir Zayn, dia telah berkongsi satu artikel nukilannya yang menjelaskan tentang kaitan kain pelikat dengan masyarakat Melayu.

Long story short, menurutnya ‘kain palikat’ telah menjadi perkataan yang sering disebut berbanding sarong di Malaysia kerana sarong cotton terbaik yang ada kat Malaysia ni telah diimport daripada sebuah bandar bernama Pulicat di India! Oh gitu rupanya…

Bagi yang tak tahu, perkataan sarong ni sampai orang Sri Lanka pun guna tau, tapi tak sangka pulak kita orang Malaysia guna nama bandar kat India. Pelik tapi benar! 

Drdn Mpuuaadw5E
sumber: twitter

 

Sekarang orang dah tak pakai cotton India, tapi pakai “kain gajaduk” 

Seperti yang semua sedia tahu, kain famous di kalangan abah-abah sekarang pastinya Gajah Duduk. Jarang dah kita nak dengar orang cari kain dari Pulikat ni kat kedai-kedai. Kalau tanya admin, memang tak tahupun ada jenama lain dari Gajah Duduk dan Mangga. 

Gajah Duduk
sumber: twitter

Apa-apapun, marilah kita kembalikan semangat kemelayuan dengan memakai kain sarong, batik, songket dan lain-lain semula. Terhakis budaya ini, terhakislah jati diri bangsa Melayu itu sendiri.

Baca: Netizen Labelkan Pemuda Ini ‘Bodoh Sejarah’ Sebab Thread Perlekehkan Etnik Melayu

Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.