in

Order Hanya 68 Keping Makanan Haiwan, Seller Silap Bagi 2,040, Suruh Pelanggan Bayar Extra RM 295.80, Bila Dapat Dah Expired!

Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu perkongsian apabila seorang wanita hampir kena scam dengan online seller. Disebabkan kesilapan mereka sendiri, mereka suruh pelanggan yang tanggung.



 

Silap bagi, suruh bayar extra

Pada 30 Jun lepas, seorang pengguna Facebook ada tempah 68 keping ‘pet sosej’ yang berharga dalam RM 11 untuk beri makan kepada anjing dan kucing liar secara online.

Namun, sebelum pesanannya itu sampai, dia ada menerima mesej daripada penjual mengatakan mereka ada buat silap, mereka terbagi 2,040 keping sosej.

Apa yang teruknya adalah dia diminta untuk bayar RM 295.80 untuk lebihan barang yang mereka salah hantar tu.

205363367 4025704677548084 9184324533718020934 N 1

Bagaimanapun wanita ini enggan melakukan perkara sedemikian, sebaliknya dia akan hantar balik lebihan barangan itu kepada mereka dan minta pihak peniaga untuk bayar caj penghantaran, tapi peniaga online itu minta bayar juga.

Kata peniaga tersebut, disebabkan itu silap mereka, wanita ini hanya perlu bayar RM230 dan selebihnya mereka tanggung sebab itu silap mereka. Hah?

206410638 4025704884214730 4450039019725302757 N

Apapun, wanita ini bertegas bahawa kesilapan itu bukanlah masalahnya dan dia tidak akan membayar lebihan itu disebabkan salah mereka sendiri.

Tak putus asa, peniaga itu kemudiannya suruh pelanggan tersebut bayar separuh daripada harga itu dan tak perlu hantar balik kepada mereka, tetapi pelanggan itu tetap dengan pendiriannya dan bertegas kepada peniaga bahawa peniaga itu tak ada hak nak paksa dia bayar.

 

Tak dapat duit, suruh bagi rating 5 bintang, bila dapat barang dah berulat!

Bila dah tak dapat ‘umpan’, peniaga kata dia tak perlu bayar lebihan kos dan pulangkan makanan kepadanya, sebaliknya, dia minta untuk bagi rating 5 bintang.

204653382 4025704527548099 1536964756351707175 N

Lebih teruk lagi, ketika makanan haiwan itu sampai, dia lihat semua barang itu dah tamat tarikh luput dan ianya dah lebih dari sebulan!

Lebih menjijikan lagi, semua makanan itu dipenuhi dengan cacing, dan ada cacing-cacing kat dalam tu dah mati.

Korang boleh tengok kat sini.

Paling teruk lagi, apabila wanita ini menghubungi seller tu, seller tersebut boleh jawab, sosej itu biasanya tahan sampai 3 tahun dan ia takkan bagi apa-apa kesan kalau diberikan, lapor WORLD OF BUZZ.

202519387 4025704807548071 1854514643007998289 N

Disebabkan kejadian ini, wanita ini menggesa orang ramai untuk berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian online.

 

Baca : “Belum ada perbincangan untuk kenakan caj sebanyak 20 sen kepada pembeli barang online” – KKMM

Kkkm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.