in

“Belum ada perbincangan untuk kenakan caj sebanyak 20 sen kepada pembeli barang online”- KKMM

Feat 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM) telah mengeluarkan siaran media susulan menjelaskan kenyataan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri KKMM di Kelantan semalam.


Kenyataan itu mendakwa setakat ini tiada cadangan untuk kenakan bayaran perkhidmatan bagi pembelian dalam talian.

Belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna dalam platform e-dagang(pembelian atas talian) sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 berikutnya.”

Antara yang dijelaskan oleh Datuk Zahidi semalam ialah caj yang dikutip itu akan digunakan untuk menambahbaik sistem keselamatan komunikasi bagi mengelakkan scammer dan pencerobohan siber.

Pppp

Beliau juga menjelaskan bahawa cukai ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebab sekarang, banyak pembelian atas talian menyebabkan kerugian dan kebocoran terhadap hasil kerajaan kerana cukai tidak dibayar.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk ia dilaksanakan kerana perkara ini memerlukan kelulusan Parlimen.

Janganlah jadi rancangan ni sebab admin pun suka beli online…

 

Baca : Suka Beli Barang Online? Kerajaan Bakal Caj 0.02% Untuk Pembelian Atas Talian

Caj Online

Sumber: TheStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.