in

“Pelik betul perangai” – Kantoi Dekat CCTV, Kanak-kanak Curi ‘Parcel’ Undang Kemarahan Netizen

Untitled Design 2024 03 25T110304.659

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembelian barangan secara atas talian bukanlah sesuatu yang baru, malah, ramai juga yang menggunakan cara pembelian tersebut untuk membeli barangan harian.

Pun begitu, buat yang sering berbelanja online,  terdapat kerisauan baru untuk anda di mana barangan yang sudah dihantar ke rumah berkemungkinan dicuri, seperti yang tular baru-baru ini.


Artikel berkaitan: Anjing Peliharaan Dipuji, Terima Parcel Bagi Pihak Tuan Ketika Tiada Orang Di Rumah

Artikel berkaitan: “Senang betul hidup” – Terakam Dalam CCTV, Individu Kantoi Selamba Curi ‘Parcel’ Orang Lain

Sebuah video kamera litar tertutup (CCTV) tular memaparkan tindakan beberapa orang kanak-kanak yang mencuri bungkusan atau parcel yang diletakkan di hadapan rumah.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat insiden itu berlaku di rumah jenis apartmen yang tiada pagar di hadapan rumah dan perkara itu membolehkan kanak-kanak itu membuat ‘kerja’ lebih senang

“Dah besar jadi apa lah” 

Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen naik darah, malah ada juga yang meluahkan rasa hampa mereka serta ingin membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis.

Cats 31

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada informasi terperinci berkenaan lokasi kes tersebut serta nilai kerugian mangsa tersebut.

Aduhai, bulan puasa pun kau buat macam tu ye!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.