“Sila tuntut kalau flight delay” – Lelaki Berjaya Dapat Pampasan Sebanyak RM1384 Gara-gara ‘Flight Delay’!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah alami kelewatan dalam penerbangan atau flight delay? Haa admin yakin mana-mana travelers pun kat dunia ni memang benci dengan flight delay. Sungguh membuang masa dan tenaga penumpang.

Tapi tahu tak korang sebenarnya penumpang boleh claim wang pampasan akibat daripada kelewatan penerbangan yang tak disengajakan ni? Whattt seriuslah! 

 

“Please claim your right. Jika flight delay more than 3 hours, korang akan dapat 300 Euro” 

Menerusi perkongsian Bal Mohd di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), dia mengajarkan cara-cara untuk anda menghadapi situasi flight delay ketika berada di mana-mana negara Eropah.

Menurut Bal, korang tahu tak sebenarnya korang boleh tuntut wang pampasan dari syarikat penerbangan yang terbabit jika penerbangan korang itu telah mengalami kelewatan lebih daripada 3 jam.

Tapi ingat, korang hanya boleh claim kalau flight itu di negara-negara Eropah je tau! 

“Salam. Buat backpackers yg ade flight delay more than 3hours di mana mana negara euro, please claim your right. Jika flight delay more than 3 hours, korang akan dapat 300euro. Kalu more than 6hours korang dpt 600euro.

“Pengalaman flight delay 24hb feb lepas di Istanbul. Flight kami sepatutnya 0145, tetapi delay ke 0330. Lepas tu delay lagi pkul 5pg. Selepas kali ketiga delay saya ke kaunter berperang menuntut hak dan kepastian dari airlines adakah lepas ni konfem depart or delay lagi.” 

Sumber: Blog

 

“Lepas bersilat mulut dengan orang Turkish, kami dapat keluar airport, dapat 4/5 star hotel dan free transfer” 

Bukan senang nak sebenarnya nak dapatkan wang pampasan ni. Tapi menurut Bal, korang kena ‘bersilat mulut’ sikit dengan staf syarikat penerbangan tersebut barulah korang boleh dapat wang tersebut.

Katanya lagi, kalau korang tak tuntut, gamaknya memang tak dapat lah sebab staf syarikat penerbangan tu mesti akan buat diam punyalah.

“Lepas bersilat mulut dengan orang turkish, kami dapat keluar airport,dapat 4/5 star hotel dan free transfer. Lepas tu bersilat mulut untuk dapatkan pampasan. Mula2 bagi dalam bentuk voucher, tapi by right, airlines kene bagi cash.

“Alhamdulillah,semalam dapat pampasan 300euro. Tengah menanti pampasan untuk lugage rosak pulak.

“So, sila tuntut kalu ade flight delay. Nanti dyorg wt senyap je.

“Disebabkan ramai bertanya details, untuk claim 300/600euro ni. Hanya terpakai jika kes berlaku di negara euro dan boleh google law ni untuk maklumat lanjut

“EC Regulation 261/2004

“Follow my ig for more details ticket murah,travel tricks and tips. My ig: iqbalmohd_”

Sumber: Facebook

So macam mana? Siapa yang bercuti di Eropah dan alami flight delay tu bolehlah bersilat mulut dan cuba tuntut wang pampasan anda! 

Baca: Lelaki Berang Flight AirAsia Delay, Namun Dikecam Pula Kerana..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!