in

“Sila PM saya no tel” – Walaupun Dah Banyak ‘Beban’ di Bahu, DG Hisham Tetap Respon Kepada Pesakit Covid-19 ‘Personally’

Dg Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Situasi Covid-19 di negara kita sememangnya membimbangkan apabila peningkatan kes dicatat setiap hari. Sudah tentu dalam keadaan sebegini, frontliner bertungkus lumus dalam memastikan setiap pesakit menerima rawatan sepatutnya.


Netizen bersimpati dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang dilihat bekerja keras untuk ‘menjaga’ seluruh rakyat dan negara daripada wabak Covid-19 ini.

Meskipun sudah banyak yang ditanggung, beliau dilihat tetap memastikan untuk sentiasa kemas kini perkembangan tentang Covid-19 di Facebook peribadinya.

Dg 1

 

“PM saya no tel”

Melalui Twitter, seorang netizen berkongsi screenshots di mana ada individu menceritakan tentang kisahnya yang disahkan positif. Kata lelaki itu, dia dan isterinya telah dihubungi dan dimaklumkan bahawa mereka positif selepas 5 hari menjalani swab test.

Namun, tiada pihak yang datang menjemput mereka di rumah dan dia sendiri mula alami shortness of breath. Tan Sri Dr Noor Hisham dilihat membalas komen itu dengan meminta individu terbabit dan isterinya untuk kekal duduk di rumah.

Dg1

Beberapa netizen juga dilihat memberi komen dan memberinya nombor telefon bilik gerakan Covid-19 untuk dihubungi. Namun, Tan Sri Dr Noor Hisham kemudian terus meminta lelaki tersebut memberikan nombor telefonnya sendiri untuk dihubungi.

Dg2

 

Dah dijemput, kini menerima rawatan

Melalui Facebook, lelaki itu yang juga merupakan seorang cikgu memaklumkan dia telah pun dijemput pihak KKM dan kini berada di hospital manakala isterinya pula di Pusat Kuarantin Daerah Pulakop Kinarut.

Sihat

Sejak sebelum disahkan positif pada 17 Oktober lagi, lelaki itu dilihat sentiasa kemas kini status di Facebook memaklumkan kepada rakan-rakan tentang keadaannya.

Baca: “Kesian dato, betul-betul penat tu” – Netizen Kesian Tengok Riak Keletihan Dr Noor Hisham Dalam Sidang Media Semalam

Hisham4

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.