Siapa dekat sini masih belum try pastri viral, cromboloni? Rasanya kebanyakan daripada kita sudah mencubanya dan ada juga yang sanggup beratur panjang demi nak dapatkan cromboloni ini kan?
Namun baru-baru ini, tular pula satu pastri baru yang dipanggil ‘smashed croissants’ iaitu pastri croissant yang telah dipenyekkan dan disapu dengan pelbagai jenis perisa coklat serta toppings yang menarik.
Artikel berkaitan: Beratur 6 Jam Untuk Cromboloni, Pelanggan Kecewa Tak Dapat Beli Banyak Sebab Kena ‘Sapu’ Dengan PS
Artikel berkaitan: “Orang jual dia nak jual” – ‘Pastry’ Cromboloni Rupa Roti Bom Undang Kecaman Netizen
Pastri ini dikatakan agak popular di Singapura dan ada di kalangan netizen juga memanggil dengan nama ‘cronyek’ iaitu gabungan daripada perkataan croissant dan penyek.
Menerusi video yang kini tular di media sosial, dapat dilihat pembuatan cronyek ini sama seperti croissant yang kita biasa makan. Namun yang membezakannya adalah croissant yang telah gulung itu akan dipenyekkan sebelum dimasukkan ke dalam oven.
@lalevainsg smash or pass? ? avail in 3 flavours: speculoos, berry & nutella! try it at La Levain today! ⭐️
Posting mengenai cronyek ini juga mendapat perhatian netizen di X yang menantikan sama ada croissant jenis ini akan dijual di bazar ramadan atau tidak.
Nampak macam sedap juga tu. Habislah lepas ni viral!