in

“Siapa yang tercyduk ni?” – Lelaki Nak Langgan Pelacur Online Sekali ‘Terlanggan’ Teman Wanita Sendiri!

Collage 18

Malam yang disangkakan bakal berakhir dengan indah bertukar menjadi ngeri buat lelaki ni.

Baru-baru ni, seorang lelaki berusia 20 tahun dari Hubei, China merasa sunyi pulang ke bilik hotel kosong lepas makan malam bersama kawan-kawannya.

Menurut China Press, lelaki bernama Jie ini kemudiannya membuat keputusan untuk melanggan pelacur menerusi WeChat buat peneman malam sunyi.

Screenshot 2019 11 14 At 3.00.50 Pm
Gambar hiasan

Lepas buat pilihan, Jie kemudiannya transfer duit sebanyak 400 yuan (RM240) kepada pelacur tersebut dan memberitahu alamat hotel serta nombor biliknya.

Tak sampai setengah jam, pintu bilik lelaki ini diketuk namun apa yang terhidang tak seperti yang diharapkan. Bila pintu dibuka, wanita yang berada di sebalik pintu itu tak lain tak bukan teman wanitanya sendiri!

Ketika itu, Jie baru tahu yang sebenarnya dia tersalah hantar mesej kepada teman wanitanya dan duit tu pun dia transfer ke akaun girlfriendnya. Macam mana boleh tak sedar?

Tanpa membuang masa, teman wanita Jie mula menjerit dan marah dengan tindakan teman lelakinya ini. Sebab nak elak rasa malu, lelaki ni cuba defend diri dia, namun cubaannya hanya memarakkan lagi api kemarahan teman wanitanya.

Akibat dari kekecohan yang berlaku di bilik lelaki ini, staf hotel tersebut membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis bagi membantu meredakan pergaduhan pasangan kekasih ini.

Selepas dipujuk pihak polis, pasangan ini kemudiannya membuat keputusan untuk beredar dari hotel tersebut dan selesaikan pergaduhan ini di tempat lain.

Kan dah kantoi, saja cari pasal ni.

 

Baca: “Pakai niqab tapi…” – Wanita Sanggup Jadi Pelacur, Bantu Suami Si Bapa Ayam

Screenshot 2019 11 14 At 1.12.34 Pm