in

“Siapa suruh jahat sangat mulut” – Anju Lantik Peguam, Minta Amyza & Emelda Bayar RM4 Juta Serta Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Collage 32

Nampaknya kontroversi antara Zarina Anjoulie bersama Amyza Aznan dan Emelda Rosmila ni masih belum surut panasnya.

Baru-baru ini, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini telah membuat tuntutan pampasan sebanyak RM4 juta ke atas pelakon Amyza dan Emelda kerana telah membuat kenyataan dengan niat untuk menjatuhkan reputasi di aplikasi Instagram dan Telegram, lapor mStar.

Anju turut melantik peguam, Nurul Hafidzah Hassan yang mengatakan pihaknya telah pun menghantar surat tuntutan ini kepada dua selebriti tersebut pada Rabu lalu.

Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen berbaur fitnah di Telegram dan Instagram.”

90542396 10156879023316176 1834154256064577536 N

Menurut peguam ini lagi, Anju telah meminta pampasan sebanyak RM3 juta kepada Amyza Aznan dan RM1 juta dari Emelda Rosmila dan meminta agar dua selebriti ini berhenti menulis dan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai dirinya.

Bukan itu je, Anju turut meminta dua wanita ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyebabkan tekanan dan menghasut orang ramai untuk membencinya.

1 15

“Zarina digambarkan sebagai individu yang jahat dan tak bermoral dan dia mengalami trauma disebabkan insiden ini.”

Banyak komen oleh mereka berdua yang memalukan Zarina melalui name calling dan body shaming.”

Menurul Nurul Hafidzah lagi, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya surat tuntutan tersebut tak dijawab dalam masa tujuh hari.

Macam yang korang tahu, “peperangan” antara segelintir selebriti tanah air dan Zarina Anjoulie ini bermula bila Anju memberi komen mengenai permintaan penggiat seni yang meminta bantuan khusus dari kerajaan tak lama dahulu.

Harapnya dorang dapat selesaikan kes ini dengan baik. Sakit juga nak bayar berjuta-juta ni.

 

Baca: “Nak Aku Minta Maaf?”- Ini Respon Zarina Anjoulie Pada Selebriti Yang Nak Buat Laporan Polis

Screenshot 2020 04 15 At 3.10.27 Pm