Siapa Pakai Contact Lens? Anda WAJIB Ambil Tahu Tentang 6 Perkara Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sewaktu mula-mula diperkenalkan di Malaysia, kanta lekap cuma diberikan secara preskripsi kepada mereka yang betul-betul layak menggunakannya sahaja. Menurut Contact Lens Spectrum, dianggarkan 125 juta orang menggunakan kanta lekap di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Gambar hiasan

Walaupun statistik menunjukkan jumlah penggunaan kanta lekap yang banyak, namun masih ramai yang tidak peka akan cara penggunaannya yang betul dan sering cuai dalam mengendalikan kanta lekap.

Penggunaan kanta lekap yang salah mampu menyebabkan jangkitan pada mata dan boleh hadapi risiko buta tau! Jika anda pengguna tegar contact lens, ini yang perlu anda tahu:

 

1. Basuh tangan sebelum guna

Kita selalu basuh tangan bila nak makan kan? Lainlah kalau yang guna sudu atau chopsticks. Kita basuh tangan sebelum menjamah makanan sebab kita sedar yang tangan kita penuh dengan bakteria. Jadi, kita perlu basuh tangan sebelum sentuh dan letakkan kanta lekap ke mata kita untuk elakkan bakteria dari tangan beralih ke kanta lekap pula.

Sumber: Giphy

 

2. Elakkan tidur sambil memakai kanta lekap

Nak tanggalkan kanta lekap setiap malam sebelum tidur memang perkara remeh, tambah-tambah bila sudah terlalu letih dengan aktiviti seharian. Menurut CDC, tidur dengan memakai kanta lekap boleh menyebabkan 6 hingga 8 kali jangkitan lebih cepat kepada si pemakai. Jangan lupa tanggalkan kanta lekap sebelum tidur!

Sumber: Giphy

 

3. Elakkan mandi atau berenang sambil guna kanta lekap

Mata secara umumnya perlu diberi perhatian teliti. Mandi atau berenang menggunakan kanta lekap boleh menyebabkan bakteria dari air beralih ke mata dan boleh menyebabkan anda berhadapan risiko jangkitan atau masalah mata yang lebih teruk.

Sumber: WebMD

 

4. Tukar kanta lekap on-time

Kanta lekap dicipta untuk kemudahan manusia, tetapi janganlah selalu sangat pakai sampai lupa nak tukar. Verge Science melaporkan 45 peratus orang dewasa hanya tukar kanta lekap mereka jika salah satu kanta hilang. Korang pun macam tu ke?

Durasi penggunaan kanta lekap biasa ada yang hanya tahan beberapa minggu sahaja tapi ada juga yang boleh guna sampai berbulan-bulan mengikut jenis dan ketahanan. 

Sumber: Medical News Today

Jadi jangan lupa tukar kanta lekap anda bila tiba masanya!

 

5. Tukar bekas kanta lekap setiap 3 bulan

Bukan sekadar kanta lekap yang perlu ditukar, bekas pun sama! Bekas kanta lekap seharusnya ditukar setiap tiga bulan kerana bakteria boleh berkumpul dan akan menjejaskan kualiti kanta lekap anda. Jika anda baru beli contact lens, tapi rasa macam ada sesuatu yang tak kena sewaktu memakainya, mungkin boleh periksa bekas kanta anda!

Sumber: West-op

 

6. Guna cecair rendaman kanta lekap yang betul

Baca arahan penggunaan cecair kanta lekap yang betul dan jangan main tuang je. Gunakan cecair rendaman kanta lekap atau larutan disinfeksi yang sesuai menurut jenis kanta lekap anda. Elakkan guna air paip kerana mungkin nampak bersih tetapi kita tak nampak molekul-molekul merbahaya di dalamnya yang boleh memberi jangkitan merbahaya kepada mata kita.

Sumber: WebMD

Bagi anda yang gemar menggunakan kanta lekap, jangan lupa berunding dan dapatkan nasihat optometris dulu sebelum membeli untuk mendapatkan jenis kanta lekap yang sesuai dengan mata kita dan mengelakkan dari terkena jangkitan merbahaya! 

Baca: Buta Kedua Belah Mata dan Hidap Mild Autisme Namun Anak Kecil Ini Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.