in

“Siap pergi balai tu!” – Remaja Dakwa Jadi Buruh Kanak-Kanak Lepas Ayah Suruh Tolong Kemas Rumah

Obsess Game E1637467062875

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak berita yang selalu kita dengar mengenai bahaya jika terlalu taksub dengan permainan video. Sampaikan ada yang meninggal dunia sebab tak makan dan minum berhari-hari kerana main game punya pasal. Nak main game tu tak salah, tapi kalau dah sampai dah tak boleh bahagi masa, tak elok pulak.


Duo Star 1024X684 1 E1627183236992
Gambar hiasan

Terbaharu, ramai penduduk di Ma’anshan City, daerah Anhui, China, terkejut selepas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sanggup menuduh bapanya sendiri telah menjadikan dirinya buruh kanak-kanak hanya kerapa ayahnya meminta dia tolong buat kerja rumah.

Lapor Bastille Post yang memetik laporan media tempatan, remaja lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu nekad ke balai polis bagi melaporkan tindakan bapanya dan mendakwa dirinya dijadikan buruh kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, laporan remaja itu mendatangkan rasa bingung pada pihak polis yang kemudiannya menelefon bapanya untuk datang ke balai polis bagi mendapatkan cerita penuh.

Anak asyik main game je, belajar pun tak nak

Kata si bapa, dia yang terkejut dengan tuduhan itu menjelaskan pada pihak berkuasa bahawa segalanya bermula selepas dia meminta anaknya itu membantunya melakukan kerja-kerja rumah.

6Dgxbn8Epdik3Wzq6Tdk67 E1627183435751

Jelasnya, dia tidak puas hati dengan perangai anaknya yang asyik ‘melekat’ dengan telefon bimbit dan tidak mahu belajar. Disebabkan mahu membantu meringankan tugas isterinya dan mengajar anaknya untuk membantu orang tua, lelaki itu telah meminta pertolongan anaknya. Tapi, anak dia tu pulak pergi report ayah dia kat polis lepas buat kerja tak sampai satu jam!

Polis pun bengang dengan perangai anak lelaki tu

Lapor sumber lagi, selepas mendengar penjelasan si bapa, pihak polis berasa kesal dengan tindakan remaja yang sanggup menuduh ayahnya sendiri hanya kerana tak mahu buat kerja rumah. Disebabkan itu, mereka telah mendesak si bapa untuk mendisiplinkan anaknya dengan cara merampas telefon bimbit remaja terbabit.

Namun begitu, balasan si anak telah membuatkan pihak polis yang bertugas naik angin.

“Kau ingat aku cuma ada telefon tu je ke nak main game? Naif betul!” kata remaja itu.

Insiden terbabit kemudiannya tular di internet dan rata-rata netizen mengecam tindakan remaja terbabit yang dikatakan kurang ajar dan sombong dengan ayah sendiri.

Sumber: Bastille Post

Baca: “Tak payahlah nak salahkan game” – Lelaki Bunuh & Kerat Ayah Sebab Tak Kasi Duit Topup Untuk Main PUBG

25Yo Man Addicted To Pubg Chopped 60Yo Dad Into Pieces For Refusing To Give Him Top Up Money World Of Buzz E1627183007665

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.