in

“Tak payahlah nak salahkan game” – Lelaki Bunuh & Kerat Ayah Sebab Tak Kasi Duit Topup Untuk Main PUBG

25Yo Man Addicted To Pubg Chopped 60Yo Dad Into Pieces For Refusing To Give Him Top Up Money World Of Buzz E1627183007665

Seorang lelaki dari Belagavi, India didakwa membunuh ayahnya dengan mengerat tubuh lelaki berusia 60 tahun ini kerana ayah dia tak nak belikan topup untuk main PUBG.

Menurut Bangalore Mirror, Raghuveer Kumbar, pelajar berusia 25 tahun ini sangat addicted dengan game ni sampai dia akan habiskan masa seharian dengan mengadap phone je…

Ayah dia, Shankrappa Kumbar, seorang pegawai polis yang dah bersara selalu menasihatkan anaknya untuk kurangkan main game.

Nak dijadikan cerita, pada 7 September lepas, lebih kurang pukul 12 tengahari, anak beranak ini telah bertikam lidah tentang isu yang sama lagi.

Screenshot 2019 09 10 At 3.09.13 Pm
Sumber: bangalore mirror

Raghuveer yang mungkin bengang kerana asyik ditegur telah menunjukkan rasa tak puas hati dengan memecahkan tingkap. Akibat dari itu, jiran mereka telah menelefon polis dan Raghuveer dilepaskan dengan amaran.

Namun, keesokan harinya, pada lebih kurang pukul 5 pagi, Raghuveer telah meminta ayahnya duit untuk beli topup supaya dia boleh membeli internet untuk bermain PUBG.

Screenshot 2019 09 10 At 3.18.55 Pm
Gambar hiasan

Permintaan Raghuveer ini telah menaikkan kemarahan bapanya dan situasi ini menjadi bertambah buruk bila Raghuveer mengurung ibunya di dalam bilik dan mengheret ayahnya ke dapur.

Di dapur, Raghuveer telah mengambil pisau pemotong daging dan mengerat tubuh bapanya kepada beberapa bahagian. Jiran mereka yang mendengar bunyi jeritan telah menelefon polis dan tak lama kemudian, polis tiba di tempat kejadian.

Raghuveer telah ditahan dan akan didakwa kerana membunuh bapanya.

Allahu, kenapalah sampai macamtu sekali. Entah apa lah yang trigger lelaki ni sampai dia tergamak buat ayah dia macam tu.

 

Baca: “Sembang pun dalam game” – Anggota Polis & Tentera Udara ‘Jumpa’ Dalam PUBG, Jatuh Cinta & Berkahwin

Screenshot 2019 09 10 At 3.20.17 Pm