in

“Siap basuh baju” – Sangka Bil Air Tinggi Sebab Paip Rosak, Rupanya Air Kena Curi

Curi Paip Air Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Misteri bil air melambung tinggi di sebuah premis seorang peniaga di Bukti Tinggi, Klang akhirnya terungkai selepas mendapati rupanya adalah disebabkan perbuatan seorang individu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, pada awalnya peniaga itu menyangkakan ia berpunca daripada masalah kebocoran paip.


Namun, kejadian terbongkar apabila dia mendapati paip air itu rupanya disalah guna oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Lebih mengejutkan, individu terbabit bukan sekadar menggunakan air secara senyap-senyap, malah dipercayai turut menggunakannya untuk membasuh pakaian.

777988236 10163847639143305 4460033595464299104 N

“Terkedu! Rupa-rupanya bil air bulanan tinggi, bukan paip rosak! Ada orang curi air siap basuh baju sini,” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat seorang wanita sedang membasuh baju di kaki lima dengan menggunakan paip di hadapan sebuah kedai.

Selepas aksinya ditegur oleh pemilik kedai, wanita berkenaan terus mengemas baju dan peralatan membasuh sebelum beredar dari situ.

Artikel berkaitan: “Terpaksa bersihkan setiap minggu” – Wanita Didakwa Kerap Buang Air Besar Depan Kedai

Artikel berkaitan: Pemandu E-hailing ‘Pening’! Pelancong Asing Berdegil Nak Bayar Tambang Guna Rupee

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya turut menyelar tindakan individu terbabit.

Dalam pada itu, netizen juga memberikan cadangan kepada pemilik kedai supaya memastikan paip air dikunci selepas waktu operasi.

Mengambil kira nasihat yang diberikan, peniaga itu kemudian memaklumkan bahawa dia sudah memasang peralatan mengunci paip air di premisnya.

Sementara itu, netizen menasihati pemilik kedai untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.