in

“Ada budak tu!” – [VIDEO] Buat U-Turn Mengejut, Rupanya Pemandu Warga Asing Tak Ada Lesen

Page Uturn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang yang dah ambil lesen memandu, mesti akan tahu kat tempat tertentu je yang dibenarkan untuk kita buat pusingan U atau ‘U-turn’.

Walau bagaimanapun, baru-baru ni tular di media sosial apabila video van dipandu oleh warga asing yang dipercayai dari Myanmar secara tiba-tiba melakukan ‘U-turn’ sehingga berlaku kemalangan jalan raya.


https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1528575305358909441?t=Ktn5iMIZZE4v2AkA8cLhKA&s=19

“Rupanya takde lesen…”

Menurut Astro Awani, hasil siasatan dari kemalangan yang berlaku di Kilometer 59.7, Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) itu mendapati pemandu warga asing tersebut ternyata memandu tanpa mempunyai lesen yang sah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritendan Hussin Zamora memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku sekitar jam 2:55 petang pada Ahad telah melibatkan wanita berusia 29 tahun dan juga anak perempuannya yang difahamkan dalam perjalanan untuk ke Desaru.

Dari video dashcam itu, mangsa berada di ‘lane’ yang betul sebelum melanggar van tersebut kerana tak sempat untuk memberhentikan keretanya apabila pemandu berusia 33 tahun itu dengan tiba-tiba membuat pusingan U.

“Sedih dengar budak tu nangis”

Sementara itu di bahagian replies dan juga quotes dari tweet yang dimuat naik di akaun @MALAYSIAVIRAL itu, ramai yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak dalam kereta tersebut kerana tangisannya.

Lebih menyedihkan, pemandu wanita itu dipercayai sedang mengandung…

Twt Full 3

Difahamkan pemandu warga asing tersebut masih lagi ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut tentang kemalangan yang berlaku kerana melakukan pusingan U di tempat yang diharamkan.

Nasib baik jugak akak ni tenang je walaupun lepas dah accident tu… Korang yang lain, pastikan hati-hati bila drive ya!

Baca: [VIDEO] Pak Cik Tua Dibelasah Lelaki ‘Hilang Waras’ Selepas Terlibat Dalam Kemalangan

Untitled 1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.