in

“Siap ajak member lain vaping” – Doktor Mengadu, Handle 2-3 Orang ‘Kluster Kayangan’ Mengada Dia Macam Layan 1000 Orang

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, banyak betul kita dengar frontliners buka cerita pasal golongan elit yang kini telah mendapat jolokan ‘Kluster Kayangan’ gara-gara sifat dorang yang high maintenance ni.


Memanglah dah jadi tanggungjawab petugas kesihatan untuk melayan kerenah-kerenah pesakit tapi tengah negara kita dilanda wabak Covid-19 yang tak tahu bila nak pulih ni, semua pihak kenalah beri kerjasama dan bukan hanya memikirkan diri sendiri je kan?

Baru-baru ni, seorang lagi doktor, Ahmad Samhan telah mendedahkan sikap angkuh golongan ‘kluster kayangan’ yang dihadapi oleh rakannya Facebook peribadinya.

“Bukan senang nak uruskan pesakit yang tak faham bahasa. Semua dia nak cepat. Dah terbiasa dengan layanan VVIP. Dari tadi diperhatikan. Mundar mandir seperti cacing kepanasan.”

Tambah doktor ni lagi, walaupun ramai orang yang dah datang lebih awal untuk buat saringan, tapi golongan elit ni tetap demand nak dilayan sepanjang masa dan tak boleh langsung diminta bersabar mahu pun tertinggi suara.

Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali. Bila dilarang, ‘Bukan hisap rokok, vape lah!'”

Doktor ini mengatakan, jaga 2-3 orang yang berperangai macam ni, pening kepalanya sama macam handle 1000 orang.

Bila kerajaan suruh buat saringan dan kuarantin di pusat kuarantin, banyak pula dia komplen. Tandas busuk lah. Bilik takda aircond lah. Makanan tak sedap lah.”

Doktor ini turut highlight tentang keperibadian Kluster Tabligh yang sangat mudah nak beri kerjasan walaupun ramai.

Ramai staf terkesan. Al quran jadi teman. Solat awal waktu. Tiap kali doktor buat rondaan, mereka doakan. Doktor yang letih pun jadi kuat.”

Doktor ini juga meminta orang ramai kongsikan cerita ini kerana masih ramai lagi yang tak beri kerjasama pada petugas kesihatan.

Korang boleh baca cerita penuh dekat bawah ni:

“ You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i”“ Berapa kali saya nak terangkan. Encik kena sabar”“ Oh, you…

Posted by Ahmad Samhan on Saturday, April 11, 2020

Petugas kesihatan pun manusia, ada hati ada perasaan. Tahu rasa penat, dah lah susah nak jumpa keluarga. Susah sangat ke nak layan orang baik-baik?

 

Baca: “Kluster kayangan take note!” – Orang Lama Kongsi Cerita Beza Darurat Tahun 1948 Dengan PKP Covid-19

Untitled Design 7 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.