in

“Show must go on!”-[VIDEO] Walaupun Berdepan Masalah Teknikal, Kumpulan Zapin Ini Dipuji Tetap Profesional

Fi Zapin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para penari tarian tradisional di luar sana pasti ada yang pernah mengalami situasi berdepan dengan masalah teknikal ketika beraksi di pentas kan?



Tak kesah lah masalah tu datang daripada silap sendiri ke, antara sesama ahli ke ataupun daripada technician.

Seperti perkongsian yang tular di laman Tiktok ini, sekumpulan penari lelaki tarian tradisional, zapin dipuji para netizen kerana tetap maintain profesional walaupun berdepan dengan masalah teknikal di atas pentas.

Menerusi akaun TikTok @jackrandoms ini, video berdurasi 40 saat yang memperlihatkan sekumpulan penari zapin profesional tersebut telah pun berjaya memperoleh 752.4 ribu jumlah tontonan dalam masa kurang daripada 24 jam!

Jika dilihat dalam video itu, sebaik sahaja lagu tiba-tiba berhenti, mereka semua tak nampak panik pun, sebaliknya masing-masing teruskan menari siap nyanyi sendiri muzik latar yang berhenti tu. Mesti dah banyak kali practice sebab tak nampak langsung ada kesalahan bila tiada muzik!

Tindakan mereka yang terus menari itu dipuji bukan sahaja VIP yang menonton ketika itu, tetapi mereka juga dipuji oleh Azira Shafinaz! Siapa tak kenal salah seorang ahli kumpulan De Fam yang juga lincah menari ni!

Komen Zapin

Walaupun di mata mereka persembahan mereka itu dianggap memalukan, tetapi sebenarnya tak langsung ya! Ribuan komen yang memuji mereka sebagai penari profesional itu tak dapat disangkal lagi.

Komen Zapin All

 

Kesilapan teknikal tu berlaku dimana-mana saja tanpa kita rancang. Apapun min memang salut dengan korang semua!

Baca: All Blacks Persembah Tarian Haka, Penghormatan Buat Legenda Maradona

Baca Zapin

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.